Page 23 - MANUAL PENGURUSAN SKBBD 2021
P. 23
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN
E
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. G”
No. Telefon : 04-9199671 No. Fax : 04-9199671 Email : skbbd.ppdkp@gmail.com
4.2 Cuti Rehat Khas
◊ Untuk memohon cuti ini, sila baca Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.8 Tahun 2017. Cuti Rehat
Khas perlu dipohon secara online melalui HRMIS.
◊ Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan
oleh guru besar.
◊ Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat
Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.
◊ Cuti Rehat Khas boleh diberikan bagi tujuan-tujuan berikut:
- Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal
dunia
- Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan
- Menghadiri upacara keagamaan
- Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran,
banjir dan sebagainya
- Menghadiri majlis konvokesyen bagi guru atau ahli keluarga
- Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar
negara)
- Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi
- Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus dan
- Perkahwinan guru atau anak guru tersebut.
4.3 Cuti Tanpa Gaji
◊ Untuk memohon cuti ini, sila baca Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2009. Cuti ini tidak
digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.
4.3 Keluar Negara
◊ Guru-guru dan staf sokongan yang hendak ke luar negara mesti mengisi borang kebenaran
terlebih dahulu sekurang-kurangnya 30 hari sebelum bertolak.
◊ Guru-guru juga perlu mengisi borang insurans secara online.
5 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
◊ Buku rekod pengajaran dan pembelajaran adalah dokumen rasmi. Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 3/1999 hendaklah
diteliti dan dipatuhi.
◊ Semua kehendak buku itu hendaklah dipatuhi dan dilengkapi dan disempurnakan dengan lengkap, teliti dan kemas
kini mengikut masa dan hari.
◊ Buku rekod pengajaran dan pembelajaran ini mesti di hantar ke pejabat sekolah pada setiap hari khamis tiap-tiap
minggu bagi tujuan pemeriksaan oleh Guru Besar/ Penolong-Penolong Kanan.
◊ Sekiranya guru bertukar pada pertengahan tahun atau cuti bersalin/lain-lain cuti, buku rekod iru hendaklah
diserahkan kepada Penolong kanan Pentadbiran.
◊ Semua guru dikehendaki menyerahkan buku rekod mengajar pada akhir tahun persekolahan kepada Guru Besar.
17
Manual Pengurusan 2021- SKBBD

