Page 24 - MANUAL PENGURUSAN SKBBD 2021
P. 24
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN
E
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. G”
No. Telefon : 04-9199671 No. Fax : 04-9199671 Email : skbbd.ppdkp@gmail.com
6 Jadual waktu
◊ Semua guru disediakan jadual waktu peribadi. Bagi guru kelas juga akan disediakan jadual waktu kelas.
◊ Mestilah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan.
◊ Guru kelas dikehendaki menyediakan satu salinan jadual untuk dipamerkan di kelas masing-masing.
◊ Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah seperti berikut :
- kelas dalam keadaan teratur dan kondusif
- bersih dan kemas
- Melaksanakan PAK 21
7 Guru Ganti
◊ Sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 mengenai masa luang ( Free Period).
◊ Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan.
8 Perhimpunan Mingguan
◊ Semua guru diwajibkan hadir di tempat perhimpunan.
◊ Guru bertugas perlu memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum majlis dijalankan.
◊ Ucapan dan pengumuman hendaklah ringkas dan padat.
9 Kursus
◊ Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD/JPN/BTPN/IAB/KPM adalah termasuk dalam bidang perkhidmatan
perguruan.
◊ Guru-guru adalah wajib menghadirkan kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak yang disebut di atas.
10 Bilik Guru
◊ Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk mengurus segala hal yang berkaitan dengan bilik guru. Semua guru secara
automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini.
◊ Keselamatan dan kebersihan/keceriaan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaganya. Hal ini
termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di bilik guru.
◊ Semua guru yang berada dalam bilik guru hendaklah bersama-sama menjaga dan bertanggungjawab untuk
memastikan suasana yang sesuai dan tenang supaya tidak mengganggu mana-mana pihak.
11 Senarai Tugas Guru
◊ Semua guru akan diberikan tugas meliputi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Mereka hendaklah
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan penuh dedikasi, cekap, cepat dan bertanggungjawab serta sentiasa
menunjukkan semangat dan minat terhadap tugas-tugas tersebut.
18
Manual Pengurusan 2021- SKBBD

