Page 11 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 11

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK: KHAWARIJ

               1      SOALAN          Nyatakan maksud khawarij ?
                      JAWAPAN         Maksud khawarij ialah :
                                      Golongan   penyokong   Saidina   Ali    yang   berjuang
                                      menentang Muawiyah  tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.

               2      SOALAN          Jelaskan sebab kemunculan golongan Khawarij.
                      JAWAPAN         Sebab kemunculan ialah :
                                      Mereka  belot  daripada  menyokong  Saidina  Ali  kerana
                                      menerima keputusan majlis tahkim

               3      SOALAN          Jelaskan dua  ciri kesesatan golongan  Khawarij .
                      JAWAPAN         Ciri kesesatan golongan Khawarij ialah :
                                         1.  Pelaku dosa besar adalah kafir
                                         2.  Menolak hadis sebagai sumber hukum
                                         3.  Mengkafir  dan  menghalalkan  darah  umat  islam  yang
                                             berbeza iktikad dengan mereka

               4      SOALAN          Jelaskan dua langkah memelihara akidah
                      JAWAPAN         Dua langkah memelihara akidah ialah
                                         1.  Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab ahli sunnah wa
                                             Jamaah yang muktabar
                                         2.  Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya
                                         3.  Membina ketahanan akidah dengan berdoa
                                         4.  Beramal berdasarkan al-qur’an dan al- Sunnah

               TAJUK: AJARAN SESAT

               1      SOALAN          Nyatakan pengasas ajaran Qadiani
                      JAWAPAN         Pengasas ajaran Qadiani alah Mirza Ghulam Ahmad

               2      SOALAN          Jelaskan dua  ciri kesesatan ajaran Qadiani
                      JAWAPAN         Ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah
                                         1.  Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam
                                             Mahdi, Nabi dan jelmaan Krishna.
                                         2.  Beriktikad bahawa Allah menurunkan kepada Mirza Ghulam
                                             Ahmad sebuah kitab suci yang  bernama al-Tazkirah
                                         3.  Menghapuskan jihad
                                         4.  Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah

               3      SOALAN          Siapakah pengasas ajaran Bahai
                      JAWAPAN         Pengasas ajaran Bahai ialah Husin Ali al-Mazandarani







               11 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16