Page 13 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 13

MODUL MUDAH PI  K1 2020




               TAJUK : WUKUF

               1      SOALAN          Apakah maksud wukuf?
                      JAWAPAN         Maksud wukuf ialah :
                                      Berada di Padang Arafah walaupun hanya sekejap di antara gelincir
                                      matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah


               2      SOALAN          Jelaskan dua hikmah wukuf.
                      JAWAPAN         Hikmah wukuf ialah :
                                         1.  Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi Adam dan
                                             Hawa setelah mereka berpisah.
                                         2.  Mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia di Padang
                                             Mahsyar.


               TAJUK : SAIE

               1      SOALAN          Apakah maksud saie?
                      JAWAPAN         Maksud saie ialah :
                                      Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7
                                      kali.

               2      SOALAN          Nyatakan dua syarat sah saie.
                      JAWAPAN         Syarat sah saie ialah :
                                         1.  Dimulakan di Safa & berakhir di Marwah
                                         2.  Dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin
                                         3.  Dilakukan selepas Tawaf Rukun

               3      SOALAN          Jelaskan dua hikmah ibadat saie.
                      JAWAPAN         Hikmah ibadat saie ialah :
                                         1.  Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada
                                             Siti Hajar
                                         2.  Mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan
                                             sesuatu pekerjaan.

               TAJUK : BERCUKUR

               1      SOALAN          Apakah maksud bercukur?
                      JAWAPAN         Bercukur ialah : bercukur / bergunting rambut sekurang-kurangnya
                                      tiga helai.


               2      SOALAN          Jelaskan dua hikmah bercukur dalam ibadat haji.
                      JAWAPAN         Hikmah bercukur dalam ibadat haji :
                                         1.  Sebagai simbol membersihkan diri daripada sifat tercela yang
                                             terdapat dalam diri.
                                         2.  Menghapuskan dosa



               13 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18