Page 17 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 17

MODUL MUDAH PI  K1 2020



               TAJUK : KORBAN

               1      SOALAN          Apakah maksud Korban
                      JAWAPAN         Maksud Korban ialah
                                      Menyembelih binatang ternakan al-an’am yang dilakukan pada hari
                                      raya Aidiladha (Qurban) atau  hari tasyrik (11, 12 dan 13 zulhijjah)
                                      dengan tujuan beribadat kepada Allah s.w.t.

               2      SOALAN          Jelaskan hukum Korban
                      JAWAPAN         Hukum Korban ialah
                                         1.  Sunat muakad (Sangat dituntut dalam Islam) bagi mereka
                                             yang mampu
                                         2.  Wajib apabila bernazar

               3      SOALAN          Jelaskan dua Perkara sunat Korban
                      JAWAPAN         Perkara sunat Korban ialah
                                         1.  Membaca Bismillah atau takbir
                                         2.  Selawat ke atas nabi Muhammad saw
                                         3.  Menghadap binatang arah kiblat
                                         4.  Memilih binatang yang gemuk

               4      SOALAN          Jelaskan waktu menyembelih Qurban
                      JAWAPAN         Waktu menyembelih Qurban ialah
                                      Bermula dari terbit matahari Hari raya aidiladha iaitu setelah
                                      selesai Solat sunat hari raya Aidiladha Pada hari ke 10 zulhijjah hingga
                                      terbenam matahari 13 zulhijjah

               5      SOALAN          Jelaskan dua Syarat sah Korban
                      JAWAPAN         Syarat sah Korban ialah
                                         1.  Binatang yang sudah cukup umur
                                         2.  Disembelih dalam waktu korban
                                         3.  Disembelih oleh orang Islam
                                         4.  Binatang sihat dan tidak cacat
                                         5.  Diniatkan korban ketika disembelih
                                         6.  Binatang ternakan yang halal dimakan

               6      SOALAN          Jelaskan  cara Pembahagian daging qurban
                      JAWAPAN         Cara pembahagian daging qurban
                                      1/3 daging disedekahkan kepada fakir miskin
                                      1/3 daging untuk orang ramai
                                      1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban









               17 | J U   P E N D I D I K A N   I S L A M   P E R A K
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22