Page 44 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 44
MODUL MUDAH PI K1 2020
2 SOALAN Jelaskan dua faedah mengamalkan adab berhias diri dalam Islam.
JAWAPAN Dua faedah mengamalkan adab berhias diri dalam Islam ialah :
1. disukai oleh Allah dan masyarakat
2. menjauhkan diri daripada kehinaan
3. mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
3 SOALAN Jelaskan dua tujuan berhias diri menurut Islam.
JAWAPAN Dua tujuan berhias diri menurut Islam ialah:
1. untuk menzahirkan nikmat Allah Taala
2. sebagai cara untuk mensyukuri nikmat Allah
3. selaras dengan fitrah
4 SOALAN Jelaskan dua amalan berhias diri yang dilarang oleh Islam
JAWAPAN Dua amalan berhias diri yang dilarang dalam Islam ialah:
1. memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki
2. memakai pakaian yang berlawanan jantina
3. menyambung rambut
TAJUK : AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
1 SOALAN Apakah maksud amar makruf ?
JAWAPAN Maksud amar makruf ialah mengajak, menyuruh atau menyeru
seseorang supaya melakukan kebaikan
2 SOALAN Apakah maksud nahi mungkar.
JAWAPAN Mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara
yang ditegah oleh syarak
3 SOALAN Apakah hukum melaksanakan amar makruf nahi mungkar?
JAWAPAN Wajib
4 SOALAN Jelaskan dua adab amar makruf nahi mungkar dalam berdakwah.
JAWAPAN Dua adab amar makruf nahi mungkar dalam berdakwah ialah:
1. Berdakwah dengan cara berhikmah.
2. Berdakwah dengan cara memberi nasihat yang baik.
3. Berdakwah dengan cara yang baik.
5 SOALAN Terangkan dua ciri yang perlu ada pada seorang pendakwah.
JAWAPAN Dua ciri yang perlu ada pada seorang pendakwah ialah:
1. berilmu pengetahuan contohnya memahami maksud al-Quran
dan hadis serta hukum syarak / yang berkaitan sesuatu perkara.
2. beramal dengan ilmu / kerana pendakwah menjadi ikutan dan
panduam kepada orang lain.
3. berakhlak mulia / contohnya menahan marah dan bersabar
apabila dakwahnya tidak diterima dan tidak mengharapkan
ganjaran
44 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K

