Page 45 - NOTA SPM KERTAS 1
P. 45
MODUL MUDAH PI K1 2020
5 SOALAN Jelaskan dua cara melakukan amar makruf dan nahi mungkar seperti
mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah terhadap sahabatnya.
JAWAPAN Dua cara melakukan amar makruf dan nahi mungkar seperti mana
yang ditunjukkan oleh Rasulullah terhadap sahabatnya:
1. memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi
nasihat.
2. memberi hadiah kepada mereka yang berjinak-jinak
dengan agama Islam.
3. menceritakan sesuatu berdasarkan kisah-kisah tedahulu supaya
dijadikan iktibar
TAJUK : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI
1 SOALAN Apakah pengertian zikir.
JAWAPAN Zikir ialah mengingati Allah SWT dengan hati, lisan dan perbuatan
2 SOALAN Nyatakan dua contoh lafaz zikir.
JAWAPAN Dua contoh lafaz zikir:
1. Subhanallah.
2. La Ilaha Illallah.
3. Alhamdulillah.
4. Astaghfirullah.
5. Allahu Akhbar.
3 SOALAN Jelaskan dua adab berzikir kepada Allah S.W.T.
JAWAPAN Dua adab berzikir kepada Allah S.W.T.:
1. Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami
maksudnya.
2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas.
3. Mengunakan suara yang perlahan.
4 SOALAN Huraikan dua kesan beradab ketika berzikir.
JAWAPAN Dua kesan beradab ketika berzikir:
1. Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan
sesuatu dengan sebaik-baiknya.
2. Mendapat ketenangan jiwa kerana sering mengingati Allah
3. Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah.
TAJUK : ADAB DENGAN RASULULLAH SAW
1 SOALAN Berikan dua cara bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada
Rasulullah SAW
JAWAPAN Dua cara bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah
SAW
1. Berselawat kepada nabi Muhammad SAW
2. Tawaduk dan bersopan santun
3. Menziarahi makan baginda
4. Mengasihi para sahabat baginda
45 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K

