Page 33 - NOTA FULL PAI T5
P. 33
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
WALIMATUL URUS
MAKSUD WALIMATUL URUS
Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan.
HUKUM MENGADAKAN SUNAT MUAKKAD HUKUM MEMENUHI FARDU AIN
WALIMATUL URUS UNDANGAN
TUJUAN PENSYARIATAN
• Mensyukuri nikmat Allah SWT atas perkahwinan yang didirikan.
• Merapatkan hubungan silaturrahim.
• Menghebahkan perkahwinan kepada masyarakat untuk menghindarkan sebarang fitnah.
DALIL GALAKAN WALIMATUL URUS
Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Nabi SAW terlihat kesan
sejenis bauan pada Abdul Rahman bin Auf. Maka baginda bertanya : Apakah ini? Jawab Abdul Rahman : Wahai
Rasulullah, aku telah berkahwin dengan seorang perempuan maharnya dengan emas seberat sebiji tamar.
Sabda baginda : Semoga Allah memberkatimu! Buatlah kenduri walaupun dengan menyembelih seekor
kambing.
SPEKTRUM ILMU
ADAB WALIMATUL URUS
1. Tuan rumah tidak mengkhususkan jemputan kepada orang kaya sahaja.
2. Memenuhi jemputan pada hari pertama sahaja sekiranya majlis tersebut lebih daripada sehari.
3. Undangan tersebut untuk melahirkan kasih sayang dan merapatkan hubungan.
4. Orang yang mengundang bukan seorang yang zalim atau diketahui memiliki harta yang haram.
5. Tidak terdapat perkara mungkar seperti minuman arak serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
SOALAN KBAT
Ramai orang zaman sekarang lebih mementingkan amalan adat dalam meraikan majlis walimatul urus.
Berdasarkan penyataan di atas, kemukakan pendapat anda.
Cadangan isi :
• Adat boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh
o Walimatul urus sunat kepada pengantin lelaki, tetapi walimatul urus dilaksanakan oleh
pengantin perempuan atau walimatul urus dibuat sebanyak dua kali iaitu di rumah pengantin
perempuan dan rumah pengantin lelaki, hukumnya adalah harus selagi tidak berlaku
pembaziran.
o Menyerikan majlis dengan hiburan yang boleh menceriakan suasana dengan memasang lagu-
lagu berunsur nasihat yang diharuskan.
o Mengadakan persembahan silat, majlis khatam al-Quran, berselawat, berzanji, marhaban dan
sebagainya.
• Adat tidak boleh dilaksanakan jika bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh
o Mengenakan hantaran yang tinggi bagi menampung kos kenduri hingga menyusahkan orang
yang ingin berkahwin.
o Menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
o Mengadakan joget lambak.
o Mengadakan upacara yang terdapat unsur khurafat seperti upacara tepung tawar.
o Berhibur hingga melupakan kewajipan solat.
o Menghidangkan makanan atau minuman yang haram seperti arak.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 32

