Page 36 - NOTA FULL PAI T5
P. 36

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
           2.  FASAKH

           MAKSUD FASAKH                 HUKUM FASAKH               CONTOH SEBAB FASAKH
           Pembubaran perkahwinan         HARUS isteri memohon       Isteri memohon fasakh kerana suami sering
           melalui kuasa hakim dengan      fasakh.                   memukul hingga menyebabkan kecederaan
           sebab-sebab tertentu.                                     fizikal.


           3.  KHULUK (TEBUS TALAK)

           MAKSUD KHULUK                               HUKUM     CONTOH

           Pembubaran perkahwinan atas kehendak                       Mahkamah meluluskan permohonan khuluk
           isteri dengan persetujuan membayar ganti      HARUS        atas permintaan isteri dengan memulangkan
           rugi kepada suami.                                         bayaran mahar kepada suami.

                                        •   Wang tunai   •   Saham
           SPEKTRUM         Contoh      •   Hartanah     •   Manfaat                         Sumber :
                            bayaran
                                                                                             Jabatan Kehakiman
               ILMU         ganti rugi :   •   Emas      •   Apa yang dipersetujui oleh      Syariah Malaysia
                                        •   Perak            kedua-dua pihak.

           HIKMAH DISYARIATKAN KHULUK                               KESAN KHULUK
                                                                     1.  Rumahtangga yang dibina akan runtuh.
           1.  Penghormatan kepada isteri agar dapat melepaskan diri dari
              perkahwinan yang tidak disukai dengan cara yang betul.   2.  Suami tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah.
           2.  Dapat mengelakkan isteri daripada menjadi nusyuz kerana   3.  Suami boleh berkahwin semula dengan bekas
                                                                        isterinya dengan akad dan mahar yang baharu.
              tidak mampu taat kepada suaminya.
           3.  dapat membuktikan Islam mempunyai pelbagai cara dalam   4.  Isteri tidak layak mendapat nafkah semasa idah
                                                                        kecuali tempat tinggal.
              menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat
                                                                     5.  Anak-anak akan terjejas kasih sayang .


           4.  LI’AN

           MAKSUD LI’AN                                                     HUKUM KHULUK

           Lafaz SUMPAH SUAMI apabila MENUDUH ISTERINYA BERZINA              WAJIB untuk mengelakkan suami
           tanpa ada empat orang saksi atau MENAFIKAN NASAB.                 daripada HUKUMAN QAZAF.

           CARA SUAMI MELAKUKAN LI’AN
           •   Suami melafazkan di hadapan hakim :
              ‘Aku bersaksi bahawa tuduhan ke atas isteriku adalah benar. Tuduhan zina yang aku lemparkan
              kepada isteriku yang bernama.............dan anak ini (jika isteri mempunyai anak zina ataupun sedang
              mengandung) ialah anak zina bukan daripada zuriatku’.
           •   Lafaz ini diulang sebanyak EMPAT KALI. Sekiranya isteri ada bersama-sama maka suami hendaklah
              menunjuk dengan tangannya ke arah isteri.
           •   Pada kali yang KELIMA, hakim akan memberikan peringatan kepadanya tentang bahaya berdusta. Suami
              hendaklah berkata :
              ‘Sesungguhnya LAKNAT ALLAH SWT akan menimpaku sekiranya aku terdiri daripada orang-orang
              yang berdusta’.

           CARA ISTERI MELAKUKAN LI’AN                                           KESAN LIAN

           •   Isteri melafazkan di hadapan hakim :                              1.  Suami isteri tidak boleh rujuk
              ‘Aku bersaksi dengan nama Allah SWT bahawa ...(nama suami)...          selama-lamanya.
              orang yang berdusta tentang tuduhan zinanya terhadapku’.           2.  Anak tidak boleh dinasabkan
           •   Lafaz ini diulang sebanyak EMPAT KALI.                                kepada suami dan tidak
           •   Pada kali yang KELIMA, isteri hendaklah berkata :                     berhak mendapat nafkah
              ‘KEMURKAAN ALLAH SWT akan menimpaku jika tuduhan                       dan mewarisi pusaka
              suamiku benar’.                                                        daripada ayahnya.



          USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM                                                    Halaman 35
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41