Page 38 - NOTA FULL PAI T5
P. 38
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA
5. HADHANAH
MAKSUD HADHANAH HUKUM SPEKTRUM ILMU
Penjagaan kanak-kanak
yang masih kecil dan belum WAJIB IBU adalah orang yang paling berhak untuk menjaga anak
selepas perkahwinan dibubarkan. Namun terdapat sebab-
berupaya untuk
menguruskan diri sendiri. sebab tertentu yang boleh menyebabkan haknya terbatal.
6. ANAK ANGKAT
MAKSUD ANAK ANGKAT HUKUM ambil anak angkat
Anak orang lain yang dipelihara seperti anggota keluarga sendiri tetapi HARUS
tidak mempunyai hak seperti anak kandung yang ditetapkan oleh syarak.
SPEKTRUM ILMU
HAK ANAK KANDUNG ANAK ANGKAT
Nafkah dan Kebajikan
Harta Hibah
Harta Wasiat
Pewarisan Harta Pusaka (Faraid)
Wali Dalam Perkahwinan
Nasab
IMPLIKASI PERKAHWINAN YANG TIDAK MENGIKUT
SYARIAT DAN UNDANG-UNDANG ISLAM
1. Pasangan boleh didenda jika disabitkan dengan kesalahan berkahwin tanpa mengikut saluran yang betul
bagi negeri masing-masing.
2. Pasangan terpaksa dipisahkan jika didapati perkahwinan tidak sah mengikut hukum syarak.
3. Isteri tidak mempunyai dokumen yang sah untuk membuat sebarang tuntutan seperti hadhanah dan harta
pusaka jika berlaku kematian suami.
4. Kesukaran mendaftarkan kelahiran anak untuk mendapatkan sijil kelahiran.
CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
• Mendalami ilmu agama dan ilmu menguruskan rumahtangga agar dapat melaksanakan tugas dengan baik.
• Merancang ekonomi adar dapat dapat menyediakan keperluan keluarga.
• Melatih diri dengan akhlak mulia supaya menjadi contoh teladan kepada pasangan dan anak-anak.
Pengurusan pernikahan seluruh Malaysia tertakluk kepada AKTA, ENAKMEN dan
SPEKTRUM ILMU
ORDINAN Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.
SOALAN KBAT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganggarkan kira-kira 70% pernikahan yang menggunakan
khidmat sindiket nikah ekspress tidak patuh syariat.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online 14 April 2019
Berdasarkan penyataan di atas:
i. Apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak dibendung?
ii. Cadangkan langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
USTAZAH WAN TEH SHARIFAH WAN LOLOK SMKSM Halaman 37

