Page 66 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 66
Bab 3 Penaakulan Logik
3.1 Pernyataan
Apakah maksud pernyataan dan bagaimanakah anda Standard
menentukan nilai kebenaran bagi suatu pernyataan? Pembelajaran
Menerangkan maksud
Murid-murid, pernyataan dan seterusnya
berapakah bucu bagi menentukan nilai
kebenaran bagi
sebuah kuboid?
suatu pernyataan.
3
BAB Sebuah kuboid
mempunyai
12 bucu.
Sebuah kuboid
mempunyai
8 bucu.
Kebanyakan hasil matematik sering melibatkan pernyataan.
Pernyataan ialah suatu ayat yang dapat ditentukan nilai kebenarannya,
iaitu sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya.
Ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah bukan pernyataan. Ayat-ayat ini tidak dapat ditentukan
kebenarannya.
Kedua-dua jawapan yang diberikan dalam dialog di atas ialah pernyataan. Pernyataan
“sebuah kuboid mempunyai 8 bucu” ialah pernyataan benar manakala pernyataan “sebuah kuboid
mempunyai 12 bucu” ialah pernyataan palsu. Pernyataan boleh dibahagikan kepada pernyataan
benar dan pernyataan palsu.
Contoh 1
Tentukan sama ada ayat-ayat di bawah ialah pernyataan atau bukan pernyataan.
Berikan justifikasi anda.
Malaysiaku
(a) Tolong hantar buku kerja. Malaysiaku
(b) Menara Kuala Lumpur ialah menara yang paling tinggi di Malaysia.
(c) Bagaimanakah anda datang ke sekolah?
(d) x + 3 = 5.
(e) – 6 < –8.
Penyelesaian:
(a) Bukan pernyataan kerana ayat itu tidak dapat ditentukan Menara Kuala Lumpur
nilai kebenarannya. terletak di kemuncak
(b) Pernyataan kerana ayat itu benar. Bukit nanas. Menara
(c) Bukan pernyataan kerana ayat itu tidak dapat ditentukan Kuala Lumpur dengan
nilai kebenarannya. ketinggian 421 meter
ialah menara komunikasi
(d) Bukan pernyataan kerana ayat itu tidak dapat ditentukan yang ke-7 paling tinggi di
nilai kebenarannya. dunia dan paling tinggi di
(e) Pernyataan kerana ayat itu palsu. Asia Tenggara.
56

