Page 71 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 71
Bab 3 Penaakulan Logik
Penyelesaian:
(a) p : 5 + 3 > 5. (b) p : 9 ialah nombor perdana.
q : 5 – 3 < 5. q : 91 ialah nombor perdana.
2
(c) p : 2 = 4. (d) p : –9 < 10.
q : 2 = 8. q : 9 < 10.
3
Perkataan “dan” dalam pernyataan matematik membawa maksud kedua-dua.
Manakala perkataan “atau” membawa maksud salah satu
atau kedua-dua. 3
BAB
Berdasarkan gambar rajah di sebelah, tiga pernyataan p, q,
dan r dibentuk.
p : Rashid sedang berlari.
q : Kok Keong sedang berlari.
r : Melinda sedang berlari.
Anda boleh gabungkan dua pernyataan dengan
menggunakan perkataan “dan” atau “atau”.
p dan q : Rashid dan Kok Keong sedang berlari.
p dan r : Rashid dan Melinda sedang berlari.
q atau r : Kok Keong atau Melinda sedang berlari.
Daripada tiga pernyataan majmuk di atas, kita dapati bahawa pernyataan “p dan q” benar
kerana kedua-dua Rashid dan Kok Keong sedang berlari tetapi “p dan r adalah palsu keran
bukan kedua-du Rashid dan Melind sedang berlari. Akan tetapi, pernyataan majmuk “q atau r
benar keran sebahagian daripad pernyataan itu benar.
Maka, n kebenaran pernyataan majmuk boleh disimpulkan seper yang ditunjukkan dalam
jadu kebenaran berikut.
p q p dan q p atau q
Benar Benar Benar Benar
Benar Palsu Palsu Benar
Palsu Benar Palsu Benar
Palsu Palsu Palsu Palsu
61

