Page 69 - BUKU TEKS MATEMATIK T4
P. 69
Bab 3 Penaakulan Logik
Bagaimanakah anda menafikan suatu pernyataan? Standard
Pembelajaran
Kita menggunakan perkataan “tidak” atau Menafikan suatu pernyataan.
“bukan” untuk menafikan suatu pernyataan.
Penafian pernyataan p ditulis sebagai ~p
Indikator
'~p' disebut sebagai
Contoh 4
'tilda p'
Bentuk satu penafian (~p) bagi setiap pernyataan (p) berikut dengan menggunakan perkataan
“tidak” atau “bukan”.
(a) 12 ialah gandaan 5. 3
(b) 41 ialah nombor perdana. BAB
(c) Semua gandaan 5 ialah gandaan 10.
(d) 0.4 m bersamaan dengan 400 mm.
Penyelesaian:
(a) 12 bukan gandaan 5. (b) 41 bukan nombor perdana.
(c) Bukan semua gandaan 5 ialah gandaan 10. (d) 0.4 m tidak bersamaan dengan 400 mm.
Rangsangan Minda 2
Tujuan: Menentukan nilai kebenaran suatu pernyataan selepas penafian.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang sesuai.
2. Tentukan kebenaran pernyataan di bawah.
(a) Semua nombor genap boleh dibahagi tepat dengan 2.
(b) Semua faktor 6 ialah faktor 8.
(c) 64 ialah nombor kuasa tiga sempurna.
(d) 50% daripada 600 ialah 30.
(e) {a, b, c} ialah subset kepada {a, b} ∩ {b, c}.
3. Bentuk penafian bagi pernyataan-pernyataan dalam langkah 2 dengan menggunakan
perkataan “bukan” atau “tidak”.
4. Tentukan nilai kebenaran penafian pernyataan dalam langkah 3.
Perbincangan:
Apakah yang boleh anda nyatakan tentang nilai kebenaran pernyataan-pernyataan dalam
langkah 2 sebelum dan selepas penafian?
Hasil daripada Rangsangan Minda 2, didapati bahawa;
Nilai kebenaran bertukar daripada benar kepada palsu atau sebaliknya melalui proses penafian.
59

