Page 18 - menservis sistem elektrik
P. 18
MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 3 Drp / Of 11
PRINSIP ASAS SISTEM PENGECAS
Penjana berfungsi untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Ia adalah satu alat elektromagnet untuk
menukar tenaga sawat kepada tenaga elektrik. Penjana pada kenderaan dipusingkan oleh
talisawat kipas enjin. Kipas pada penjana turut berpusing, seterusnya dapat mengurangkan
haba yang terbentuk. Dengan ini penjana dapat mengeluarkan arus yang diperlukan. Talisawat
kipas enjin perlu dilaras dengan kecekangan yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan yang
mungkin akan terjadi. Pada masa dahulu, semua penjana yang digunakan pada kenderaan
adalah jenis arus terus. Tetapi di tahun-tahun kebelakangan ini penjana jenis arus ulang-alik
telah banyak digunakan
FUNGSI SISTEM PENGECAS:
Sistem cas berfungsi untuk membekalkan kuasa kepada semua alat-alat elektrik semasa enjin
hidup dan juga mengecas bateri supaya ia sentiasa dalam keadaan bercas dan boleh
membekalkan kuasa apabila diperlukan. Sistem pengecas terdiri dari penjana, pengatur, Bateri,
ammeter, lampu isyarat dan pendawaian yang diperlukan. Penjana, pengatur dan bateri adalah
unit asas kelengkapan mengecas.
PRINSIP PENJANA JENIS ARUS TERUS
Bila konduktor digerak-gerakkan di dalam medan magnet,arus akan teraruh ke dalam
konduktor. Ini dapat ditunjukkan dengan satu uji kaji seperti dalam rajah di bawah :
ALAT PENGATUR ARUS TERUS
Arus yang dikeluarkan oleh penjana arus terus bertambah tinggi, mengalir melalui bateri,
penjana dan lain-lain alat elektrik di kenderaan. Kalau dibiarkan penjana itu mengeluarkan arus
yang terlampau tinggi tentulah akan merosakkan alat-alat elektrik tadi.

