Page 20 - menservis sistem elektrik
P. 20
MukaSurat /Page:
NO. KOD / Code No. TP-300-2:2013-C06/P(2/5) 5 Drp / Of 11
PENJANA ARUS ULANGALIK (A.C GENERATOR/ALTERNATOR)
Kenderaan yang dibuat pada tahun-tahun enam puluhan hingga kini boleh dikatakan semuanya
menggunakan penjana arus ulang alik atau alternator bagi tujuan mengecas bateri dan
membekal tenaga elektrik kepada alat alat elektrik semasa enjin sedang hidup. Alternator
mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan penjana arus terus. Antara
kebaikannya ialah :
1. Dapat mengeluarkan tenaga elektrik yang maksima dengan kadar kelajuan enjin yang
rendahkerana ia mempunyai takad yang kecil ukurannya.
2. Mengeluarkan lebih kuasa jika dibandingkan dengan kadar berat alternator dan d.c
generator.
3. Tahan lama dan rawatan yang sangat kurang.
4. Tidak mengalami kehausan yang disebabkan oleh arus elektrik.
5. Tidak menggunakan geganti kataut dan pengatur arus. Ianya menggunakan pengatur
voltej.
PRINSIP PENJANA ARUS ULANG ALIK (ALTERNATOR)
Setiap penjana sama ada penjana arus terus atau ulang alik adalah mempunyai prinsip yang
sama iaitu arus terus teraruh di dalam konduktor.Arus yang dihasilkan oleh alternator ialah arus
ulangalik ‘alternating current’.
Gambarajah prinsip asas penjana arus ulang alik (alternator)

