Page 5 - Mandarin Circle
P. 5
KATA ALU-ALUAN TUAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terima kasih atas kesempatan dan ruang yang diberi kepada saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam penerbitan buku LANGUAGE CIRCLE kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Bahasa dan semua pelajar
atas kejayaan menghasilkan penerbitan LANGUAGE CIRCLE pada kali ini.
Penerbitan sebegini adalah satu usaha yang membanggakan dan memerlukan
komitmen padu daripada semua pihak. Usaha ini juga mencerminkan bakat dan
kebolehan pelajar yang sememangnya mampu digilap dan diasah untuk mencapai
kejayaan bagi mengharumkan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim ke peringkat yang lebih tinggi.
Penghasilan LANGUAGE CIRCLE ini merupakan satu langkah yang
bertepatan dengan visi dan misi IPGM sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan
guru dalam melahirkan guru yang kompeten dan bertaraf dunia. Penguasaan pelbagai
bahasa merupakan aset penting yang harus dimiliki oleh setiap guru bagi
menyerlahkan imej dan prestij profesion sebagai guru berkualiti yang kompeten dan
bertaraf dunia.
iii

