Page 7 - Mandarin Circle
P. 7
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya, Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim telah berjaya menghasilkan Buku ‘Language Circle’ pada tahun ini yang
melibatkan sembilan jenis bahasa iaitu Perancis, Sepanyol, Arab, Korea, Jepun,
Mandarin, Tamil, Rusia dan juga Bahasa Isyarat (Sign language). Projek Buku
‘Language Circle’ yang telah dihasilkan ini adalah sejajar dengan era kemodenan
globalisasi yang mana kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa
amat diperlukan agar persefahaman dapat dicapai apabila berkomunikasi dengan
individu yang berlainan bangsa. Kemahiran ini bukan sahaja penting pembangunan
individu tetapi juga memainkan peranan penting kepada bakal guru dan juga negara.
Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak
khususnya Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa, para pensyarah Jabatan Bahasa dan
siswa-siswi pendidik opsyen TESL yang telah menyumbang idea dan kepakaran bagi
menyempurnakan Buku ‘Language Circle’ ini. Saya amat berharap Buku ‘Language
Circle’ yang dihasilkan ini akan berupaya melonjakkan IPG KSAH ke satu tahap
pencapaian yang membanggakan kerana kemahiran menguasai pelbagai bahasa
asing ibarat sebuah jambatan yang akan memudahkan perhubungan dan komunikasi
serta untuk tujuan bertukar fikiran dan maklumat antara bakal guru dengan pelbagai
pihak rakan pembelajaran lain di seluruh dunia.
Bertepatan dengan misi IPGM iaitu melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa
pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan
sekolah bertaraf dunia, saya berpandangan Buku ‘Language Circle’ 2021 ini adalah
v

