Page 6 - Mandarin Circle
P. 6
Menjadi kewajipan setiap guru untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran masing-masing bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih bermakna. Dalam menghadapi cabaran abad ke 21, pengetahuan dan
kemahiran terkini hendaklah sentiasa diperkukuhkan dan penguasaan dalam pelbagai
bahasa merupakan satu langkah tepat yang akan dapat membantu guru-guru
mencapai hasrat tersebut. Dengan penguasaan pelbagai bahasa akan memberi
peluang yang lebih luas kepada para guru untuk memanfaatkan maklumat terbaru
yang dapat diteroka melalui pelbagai sumber.
Pada hemat saya, penglibatan pelajar dalam penghasilan LANGUAGE
CIRCLE ini dan pelaksanaannya nanti akan menampilkan kebolehan pelajar dalam
aspek jati diri dan kemahiran kepimpinan. Kedua-dua aspek ini merupakan aspek
penting dalam proses membentuk guru yang berkualiti bukan sahaja dalam aspek
kemahiran dan pengetahuan, malah melangkaui aspek spiritual, sosial dan
kepimpinan.
Akhir kata saya menyeru semua warga IPGKSAH untuk sama-sama terlibat
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti LANGUAGE CIRCLE yang dianjurkan demi
menjayakan agenda Pendidikan Negara dan merealisasikan visi dan misi IPG sebagai
Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.
iv

