Page 4 - 2020 课堂评估#01_YR4
P. 4
Menariknya BM 图·雨晴
Guru Gampar dan
Empat Orang Murid
Guru Gampar mempunyai empat orang murid yang lurus bendul. Beliau selalu
mengingatkan murid-muridnya agar tidak melakukan sesuatu tanpa arahannya.
Suatu hari, Guru Gampar dan murid-muridnya menaiki kereta lembu ke bandar. Dalam
perjalanan, serban Guru Gampar terjatuh ketika beliau tertidur. Murid-murid beliau tidak
mengambilnya kerana patuh kepada arahan Guru Gampar.
Apabila Guru Gampar bangun, mereka memberitahu Guru Gampar tentang serbannya.
“Lain kali jika ada benda jatuh, ambillah!” perintah Guru Gampar.
Tidak lama kemudian, lembu mereka membuang najis. Keempat-empat murid Guru
Gampar terus turun dan mengutip najis lembu itu. Guru Gampar terkejut dengan tindakan
murid-muridnya. Beliau terus membuat senarai barang-barang yang boleh diambil jika
terjatuh daripada gerabak.
Mereka meneruskan perjalanan lagi. Seketika kemudian, gerabak tiba-tiba bergoyang-
goyang dengan kuat sehingga Guru Gampar terjatuh. Guru Gampar meminta murid-murid
memapahnya.
“Tidak boleh, cikgu. Nama cikgu tidak ada dalam senarai,” kata seorang murid.
“Aduhai, budak-budak ini! Berikan pen dan senarai itu
kepada saya,” kata Guru Gampar.
Setelah Guru Gampar menulis namanya dalam senarai KOSA KATA
itu, barulah murid-muridnya memapah beliau. 1 lurus bendul 憨厚
2 serban 伊斯兰教徒佩戴的头巾
3 gerabak 客厢
Fikir dan menjawab 4 memapah 扶起身
1 Apakah perkara yang selalu Guru Gampar pesan kepada murid-muridnya?
2 Mengapakah murid-murid Cikgu Gampar tidak mahu menolong beliau?
3 Apakah pengajaran yang boleh dicontohi daripada cerita di atas?
3 Jangan melakukan segala perintah tanpa berfikir dahulu. 2 Nama Guru Gampar tidak ada dalam senarai barang yang boleh diambil. 1 Tidak melakukan sesuatu tanpa arahan beliau. Contoh jawapan:

