Page 6 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI
53100 SETAPAK, KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 SESI 2019/2020
Tarikh : 16 Februari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 – 8.30 pagi - Pendaftaran
10.30 - 12.00 tengah hari - Mesyuarat
Tempat : Dewan Melati Mewah, SMK Taman Melati
Kehadiran Ibu Bapa : 200 orang
Kehadiran Guru : 63 orang
AGENDA 1 : UCAPAN PENASIHAT
1.1 Ucapan Aluan
Puan Hayati binti Hassan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dengan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada hadirin yang hadir. Beliau sangat
menghargai komitmen ibu bapa yang meluangkan masa bersama-sama pada
hari tersebut. Beliau memberitahu bahawa kehadiran ibu bapa adalah untuk
membantu menjayakan program-program yang berfaedah kepada anak-anak
murid SMK Taman Melati. Tidak dapat dinafikan, ibu bapa menghadapi
kekangan masa, kesibukan dalam kerjaya dan urusan lain, menyebabkan
peratus kehadiran ibu bapa amat kecil. Sepertimana yang dapat dilihat di dalam
dewan pada hari mesyuarat agung PIBG hari ini, jumlah ibu bapa yang hadir
tidak seramai jumlah murid di sekolah ini. Beliau berharap semoga pada masa
akan datang lebih ramai lagi yang akan bersama-sama untuk
mencemerlangkan anak-anak SMK Taman Melati. Pengetua mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi menunggu untuk
mesyuarat agung PIBG kali ke-26 selepas Majlis Penetapan Target Tingkatan
1 – 5 untuk sama-sama membincangkan perkara-perkara untuk kebaikan anak-
anak murid di sekolah ini. Oleh itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan
penglibatan semua ibu bapa, bukan sahaja yang terpilih sebagai ahli
jawatankuasa. Beliau memberitahu bahawa sekolah ada kumpulan SARANA
yang mana ibu bapa boleh menyumbangkan tenaga dan juga kepakaran dalam
bidang masing-masing. Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat
diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak.
Menurut Puan Hayati, golongan remaja sekarang penuh dengan cabaran.
Contohnya, pihak sekolah telah memberi jadual sejak awal persekolahan untuk
aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan sebagainya. Namun peratus
kehadiran murid amat mengecewakan. Disebabkan ramai murid yang gagal
dalam markah kokurikulum pada tahun lepas, pihak sekolah telah mengambil
keputusan pada tahun ini supaya pada setiap hari Selasa dan Rabu, semua
murid perlu berada dalam kawasan sekolah sehingga aktiviti-aktiviti
5 | M u k a s u r a t

