Page 8 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 8
Tindakan : Makluman
1.3 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan
penjaga yang memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah. Hanya dengan kerjasama daripada semua pihak secara
berterusan, maka anak-anak didik dapat terbina sebagai insan cemerlang diri
untuk sahsiah, akademik dan kokurikullum.
Beliau mengucapkan setinggi perhargaan kepada PIBG yang diterajui oleh
Encik Norsyahrim bin Abu Tahar, Naib Yang Dipertua, Encik Awang Jamaludin
bin Awang Azmi dan semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
yang banyak memberi sumbangan dan idea serta tenaga. PIBG 2018/2019
amat komited. Beliau turut berterima kasih kepada semua ibu bapa yang
memberi segala sumbangan untuk program sekolah. Akhir sekali, Pengetua
menyeru supaya ibu bapa untuk terus memberi sumbangan kerana peruntukan
kepada sekolah semakin berkurangan.
Tindakan : Makluman
AGENDA 2 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
2.1 Encik Norsyahrim bin Abdul Tahar mengucapkan ribuan terima kasih
atas kehadiran Penasihat PIBG Puan Hayati, Ahli Jawankuasa Persatuan Ibu
Bapa dan Guru sesi 2018/2019, ibu bapa dan guru-guru dan semua ibu bapa
dan penjaga yang memberi sumbangan kepada sekolah. YDP memberitahu
PIBG memikirkan tentang kepentingan dan menggunakan sumbangan dengan
baik untuk anak-anak murid SMK Taman Melati. Beliau menambah, banyak
program yang telah dibuat. Beliau memohon kerjasama daripada semua ibu
bapa dan penjaga bekerjasama untuk pembangunan sahsiah seperti
insfrastruktur sekolah, program-program sahsiah murid-murid dan enam
program motivasi yang telah dijalankan pada tahun 2018. menyertai kumpulan
“whatsapp” sebagai ahli sarana supaya ibu bapa dan penjaga dapat
berinteraksi dengan guru-guru agar memberi kesan yang baik kepada sekolah
di peringkat Zon Keramat. Beliau mengulas tentang program-program dan
pelaksanaan yang telah dijalankan pada tahun 2017 seperti kelas-kelas
tambahan dan kelas Sentuhan Akhir yang telah dijalankan banyak membantu
sekolah mendapat keputusan PT3 yang memberangsangkan dan mendapat
gred yang baik. Gred Purata Sekolah juga semakin mengecil dan gred peratus
meningkat.
Tindakan : Makluman
7 | M u k a s u r a t

