Page 7 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTM
P. 7

kokurikulum  tamat.  Disebabkan  pada  tahun-tahun  lepas,  tidak  sampai  50%
                      daripada anak-anak murid yang mendapat gred markah melebihi A, B dan C
                      hanya  kerana  kehadiran  yang  tidak  memuaskan.  Pihak  sekolah  ingin
                      membantu murid-murid untuk mendapatkan markah penuh untuk kokurikulum.
                      Tujuannya  adalah  untuk  memudahkan  murid-murid  memohon  biasiswa  atau
                      melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Murid-murid sangat memerlukan
                      inspirasi dan galakan untuk belajar.

                         Beliau memberitahu bahawa minat belajar perlu ditanam dan disemai dalam
                      jiwa anak-anak murid kerana mereka diibarat seperti kain putih dan ibu bapa
                      yang mencorakkan mereka. Murid-murid perlukan masa untuk bermesra dan
                      berbincang dengan ibu bapa. Beliau memohon agar ibu bapa dapat memberi
                      ruang  masa  kepada  anak-anak,  bersama  anak-anak  untuk  berusaha  dan
                      berbincang  bagi  memastikan  mereka  mempunyai  hala  tuju  yang  betul.
                      Menurutnya, perkara sedemikian tidak mustahil boleh dilakukan walaupun ibu
                      bapa sibuk bekerja. Beliau turut memberitahu bahawa dengan perkembangan
                      semasa  seperti  yang semua  hadirin  sedia maklum,  PIBG  telah  menghadapi
                      pelbagai cabaran dalam semua aspek terutama kemajuan dan kecemerlangan
                      diri anak-anak murid dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan yang jitu,
                      amat  sukar  bagi  pihak  sekolah  dan  PIBG  untuk  mencapai  kejayaan  yang
                      diharapkan. Hasrat tersebut lebih mudah untuk dicapai apabila semua pihak
                      termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong matlamat iaitu
                      membantu  murid-murid  menentu  kerjaya.  Pendekatan  ibu  bapa  dan
                      pembelajaran  anak  ketika  di  rumah  amat  penting  dan  kajian  membuktikan
                      bahawa perubahan yang ketara kejayaan seseorang anak. Apa yang penting
                      adalah  ibu  bapa  dapat  mewujudkan  suasana  pembelajaran  di  rumah  yang
                      selesa dan juga memastikan anak-anak membuat ulangkaji. Sebaiknya jika ibu
                      bapa boleh menemani anak-anak berada di rumah pada waktu malam.


                                                                                    Tindakan :  Makluman

                 1.2   Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
                             Pengetua turut memaklumkan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
                      Beliau  menjelaskan  bahawa  Pentaksiran  Sekolah  terbahagi  kepada
                      Pentaksiran  Bilik  Darjah,  Pentaksiran  PT3,  Pentaksiran  Psikometrik  dan
                      Pentaksiran PAJSK, iaitu penglibatan murid-murid dalam bidang kokurikulum.
                      Beliau  mengingatkan  semua  ibu  bapa  perlu  tahu  perkembangan  dan
                      pencapaian band, terutamanya murid-murid Tingkatan 3. Manakala pencapaian
                      tahap penguasaan (TP) bagi murid Tingkatan 1 dan 2.
                      Ibu  bapa  dan  penjaga  boleh  melayari  laman  web,  bpk.gov.moe  untuk
                      mengetahui  Panduan  Pembelajaran  Perkembangan  Murid  (PPPM)  dan
                      Dokumen  Standard  Kurikulum  Pembelajaran  (DSKP)  bagi  mengetahui
                      pengukuran dan objektif Pentaksiran Bilik Darjah mengikut tingkatan dan mata
                      pelajaran masing-masing.
                      Pentaksiran  ini  sebenarnya  bertujuan  untuk  melahirkan  murid-murid  yang
                      cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah, sekaligus
                      mampu untuk bersaing pada masa hadapan.




                                                                                      6  | M u k a   s u r a t
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12