Page 56 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 56
Terdapat lima komponen dalam pelan landskap iaitu:
a) Ruang lukisan
Ruang lukisan ialah ruang yang paling besar dalam pelan landskap. Ruang ini menempatkan
lukisan-lukisan pelan yang berkaitan dengan reka bentuk landskap seperti lukisan pelan induk,
lukisan pelan penanaman dan lukisan binaan terperinci.
b) Kotak tajuk
Kotak tajuk terletak pada sebelah kanan di bahagian bawah kertas lukisan. Ia mengandungi perkara
berikut yang menerangkan pelan tersebut:
• Ruang nota, catatan atau petunjuk kepada simbol yang digunakan pada pelan.
• Tajuk projek.
• Nama dan tandatangan arkitek landskap atau pereka bentuk. Kod QR
• Nama dan tandatangan pemilik.
• Nama pelukis pelan. Konsep reka bentuk landskap.
• Nombor atau bilangan lukisan. https://eravisi.com/LAN_tg4/
• Tarikh lukisan disediakan. ms166
4 c) Arah mata angin 4
• Ditunjukkan secara grafik dengan menggunakan simbol anak panah menghala ke utara.
MODUL • Arah utara lazimnya adalah menghala tegak 90˚ ke atas. MODUL
• Bagaimanapun, bagi pelan tertentu arah utara boleh dicondongkan megikut kedudukan tapak di
atas pelan tetapi sebaik-baiknya condong ke atas.
N N N N U
d) Skala
• Kaedah yang digunakan dalam lukisan untuk menunjukkan saiz yang tepat dikurangkan atau
diperbesarkan oleh jumlah tertentu berbanding yang asal (saiz sebenar).
• Digunakan sama ada:
• Mengurangkan saiz lukisan supaya ia muat dalam satu halaman kertas.
• Membesarkan saiz lukisan supaya semua butiran kelihatan jelas.
• Lukisan skala mewakili unit yang sama. Sebagai contoh, jika lukisan pada skala 1:50 cm, 1cm
dalam lukisan adalah sama dengan 50cm dalam ukuran sebenar. Begitu juga, jika lukisan dalam
mm, pada 1:200 mm, 1mm dalam lukisan mewakili 200mm dalam ukuran sebenar.
• Unit standard yang digunakan pada lukisan landskap ialah unit metrik iaitu milimeter (mm) dan
meter (m).
• Pelbagai jenis skala yang boleh digunakan di dalam pelan landskap seperti:
Lukisan semakin mengecil
166

