Page 57 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 57
Skala di atas pelan boleh ditunjukkan secara penulisan iaitu 1:100, 1:200 atau secara grafik seperti
dalam rajah yang ditunjukkan.
4 4
MODUL e) Petunjuk MODUL
Petunjuk digunakan bagi:
• Melabelkan objek dan kawasan yang terdapat di dalam pelan landskap dengan jelas.
• Menerangkan jenis-jenis garisan yang digunakan di dalam lukisan pelan landskap seperti:
• Garisan sempadan • Garisan kabel utiliti • Garisan bangunan
• Menerangkan simbol-simbol landskap lembut yang digunakan di dalam lukisan pelan
landskap seperti:
• Simbol pokok utama dan naungan • Simbol tumbuhan renek
• Simbol penutup muka bimu • Simbol rumput turf
• Menerangkan simbol-simbol landskap kejur yang digunakan di dalam lukisan pelan
landskap seperti:
• Bangku taman • Pancuran air • Gazebo
• Pelantar kayu • Lantai berturap (pavement) • dan lain-lain
• Menerangkan simbol-simbol elemen semula jadi yang digunakan di dalam lukisan pelan
landskap seperti:
• Batu • Sungai
• Maklumat bertulis
• Perkara yang tidak dapat ditunjukkan dengan simbol perlu ditunjukkan melalui penulisan.
• Penghurufan sangat penting bagi menghasilkan penulisan yang kemas supaya mudah dibaca
dan pelan lukisan nampak teratur.
Latihan 4.1
1. Anda kehilangan pembaris skala dan anda hanya memiliki pembaris biasa. Terangkan bagaimana
ukuran sebenar diukur dengan menggunakan skala di atas pelan.
167

