Page 80 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 80

4.2.6  Merekod Ciri Fizikal dan Estetik serta Elemen Landskap Sedia Ada di Tapak
                  dalam Pelan Inventori


           Inventori tapak merupakan proses pemerhatian terhadap tapak cadangan dilakukan semasa lawatan
           tapak. Proses ini memerlukan pereka bentuk landskap merekodkan ciri fizikal dan estetik serta elemen
           landskap sedia ada di tapak cadangan. Semua data yang diperoleh semasa proses inventori direkodkan di
           atas pelan asas.


                              Ciri fizikal                                    Ciri estetik


               Ciri fizikal tumbuhan sedia ada:               1.  Pemandangan yang menyenangkan atau
               1.  Rupa bentuk.                                   cantik atau indah dilihat berdasarkan
               2.    Saiz tumbuhan.                               kepada:
                  •     Ketinggian keseluruhan.                   •  Rupa bentuk.
                  •     Lebar silara.                             •  Warna.
               3.    Kepadatan Silara.                            •  Saiz.
               4.    Percabangan dahan.                           •  Corak pada permukaan kulit
               5.    Saiz dan tekstur daun.                             tumbuhan atau daun.
       4   4   6.    Bunga.                                       •  Seni ukiran pada landskap kejur.                                                                                                                                        4
      MODUL  MODUL  7.    Buah.                                         •  Ciri-ciri lain yang memberi nilai                                                                                                                                MODUL
               8.    Kadar tumbesaran.
                                                                     kepada keindahan sesuatu elemen.
               9.    Lain-lain ciri fizikal yang boleh direkodkan.
                                                              2.  Bau-bauan yang menyenangkan atau tidak
               Ciri fizikal landskap kejur sedia ada:             menyenangkan pada deria bau.
               1.    Bentuk.
               2.    Saiz dan ukuran.                         3.  Bunyi-bunyian yang terhasil yang
                  •     Panjang.                                  menyenangkan atau tidak menyenangkan
                  •     Lebar.                                    pada deria bunyi.
                  •     Tinggi.
               3.  Bahan atau material yang digunakan.
               4.  Tekstur permukaan.
               5.  Masih teguh atau sudah reput
                  atau rosak.
               6.  Lain-lain ciri fizikal yang boleh direkodkan.






                                     Rajah 4.46:   Ciri fizikal dan ciri estetik dalam inventori tapak.


























         190
         19 0
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85