Page 82 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 82

Perkara-perkara yang perlu dikenal pasti semasa proses inventori termasuklah aspek fizikal, visual dan
           pengguna. Antaranya adalah:

           Lokasi tapak dan kawasan kejiranan

            a)  Karakter landskap di kawasan sekeliling dan kejiranan
              •  Adakah kawasan tersebut adalah kawasan perumahan, kawasan perniagaan, kawasan rekreasi,
                 kawasan institusi pendidikan atau jenis-jenis kawasan yang lain?
              •  Apakah gaya reka bentuk seni bina yang diguna pakai?
                 Adakah gaya reka bentuk moden, gaya reka bentuk industri, gaya reka bentuk tradisional,
                 atau sebagainya?
              •  Bagaimanakah kawasan tersebut diselenggara? Adakah diselenggara dengan baik atau sebaliknya?
            b)  Kegunaan tapak semasa atau sebelum ini
              •   Apakah kegunaan tapak sebelum ini? Adakah tapak cadangan merupakan bekas lombong yang
                   dikambus dan diguna semula?

            c)  Keadaan lalu lintas di kawasan sekeliling
              •  Apakah jenis jalan yang berhampiran tapak cadangan?
       4      •  Adakah jalan utama, jalan awam, jalan persendirian atau sebagainya?                                                                                                                                                         4
              •  Bagaimanakah haluan lalu lintas di jalan tersebut?
      MODUL     •  Adakah laluan sehala, laluan dua hala, laluan kereta sahaja atau terdapat juga laluan pejalan kaki                                                                                                                       MODUL
                 atau laluan penunggang basikal dan sebagainya?
              •  Bagaimanakah keadaan trafik di jalan tersebut?
              •  Sekiranya keadaan trafik pelbagai pada waktu siang, nyatakan waktu dan keadaan trafik berkaitan
                 sama ada trafik sibuk, sederhana atau lengang?
              •  Berapa bisingkah keadaan trafik boleh didengari dari tapak cadangan?
              •  Bagaimanakah keadaan pantulan cahaya terhadap tingkap rumah yang berpunca dari keadaan
                 trafik di jalan berdekatan?
              •  Apakah arah utama untuk tiba di tapak cadangan?
              •   Adakah terdapat satu cara sahaja atau banyak cara untuk tiba di tapak cadangan?
              •   Jika banyak, cara yang manakah paling banyak digunakan?
              •  Di manakah letaknya ‘pemandangan pertama’ yang biasa dilihat di tapak cadangan? Sebagai
                 contoh, pemandangan pertama yang biasa dilihat adalah di kawasan garaj kereta, atau di laman
                 hadapan rumah dan sebagainya.
            d)  Syarat pembangunan bagi kerja-kerja pembinaan yang ditetapkan oleh
               Pihak Berkuasa Tempatan
              •  Jenis bangunan dan struktur bangunan yang dibenarkan.
              •  Ketinggian dan bilangan aras yang dibenarkan bagi pembinaan struktur bangunan yang baru.
              •  Jarak minimum pembinaan dari rizab jalan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
              •  Permit kebenaran melakukan kerja-kerja pembinaan dan permit-permit lain yang berkaitan
                 dengan kerja-kerja pembinaan seperti kebenaran membuang sisa pembinaan.



           Topografi atau bentuk muka bumi

              •  Lakukan inventori cerun di tapak cadangan.
              •  Kenal pasti darjah kecerunan di beberapa kawasan di tapak cadangan.
              •  Kenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi terjadinya hakisan atau kawasan takungan air.
              •  Kenal pasti keselesaan semasa berjalan di beberapa kawasan di tapak cadangan sama ada
                 kawasan tersebut dalam keadaan menaik atau menurun.


         192
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87