Page 96 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 96

i)  Titik Tumpu (Focal Point)
               •   Titik tumpu yang kebiasaannya sangat berkaitan dengan pemandangan, ialah satu elemen
                   penting yang menjadi tumpuan, unik, dan menyerlah jika dibandingkan dengan elemen atau
                   kawasan persekitarannya.
               •   Antara elemen yang biasa digunakan sebagai titik tumpu ialah pokok yang mempunyai
                   ciri-ciri yang sangat unik dari segi usia, tekstur, saiz dan bentuk, air pancut atau binaan
                   arca.  Adalah sangat penting merancang kedudukan titik tumpu di dalam pelan konsep agar ia
                   boleh disesuaikan dengan pandangan pengguna dari ruang-ruang yang lain.
               •   Titik tumpu perlu diletakkan di tempat yang strategik untuk menyerlahkan keistimewaan
                   kawasan landskap tersebut.















       4                                                                                                                                                                                                                                     4
      MODUL                                     Rajah 4.64 :  Simbol titik tumpu.                                                                                                                                                           MODUL





           j)  Perubahan Aras Ketinggian (Level Elevation Change)
               •   Perubahan aras perlu dikaji semasa proses membangunkan gambar rajah fungsi. Pada ketika ini,
                   pereka bentuk perlu melihat dari sudut pandangan ketiga iaitu pandangan menegak di
                   dalam ruang reka bentuk.
               •   Pereka bentuk perlu memikirkan adakah pengguna akan bergerak naik atau bergerak turun dari
                   satu ruang ke satu ruang.
               •   Perubahan aras ini perlu sesuai dengan keadaan tapak sedia ada dan juga ruang yang berkaitan.
               •   Perubahan aras ini boleh diwakili dengan menggunakan simbol tangga, anak panah menaik dan
                   tulisan aras tinggi dan aras rendah.






























                             Rajah 4.65:   Perubahan aras antara ruang dinyatakan dalam gambar rajah fungsi.




         206
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101