Page 91 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 91
4.2.9 Mencadangkan Elemen Landskap dalam Program Reka Bentuk pada Pelan
Konsep Berdasarkan Gambar Rajah Bulat atau Buih
Pelan konsep (conceptual plan) dibangunkan dengan melukis gambar rajah
fungsi (functional diagram) berdasarkan kepada gambar rajah buih. Gambar
rajah fungsi akan dilukis secara lukisan tangan (freehand) di atas pelan asas.
Pelan konsep dibangunkan bagi menunjukkan konsep keseluruhan
cadangan reka bentuk landskap berdasarkan fungsi ruang yang
dicadangkan dalam program reka bentuk.
Beberapa pelan konsep perlu dibangunkan untuk memberi pilihan
kepada pelanggan bagi cadangan reka bentuk landskap yang
hendak dibangunkan.
Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan ketika melukis gambar rajah fungsi iaitu:
a) Saiz
Sebelum melukis gambar rajah
fungsi, seorang pereka bentuk
seharusnya mengetahui
4 anggaran saiz ruang dan 2250mm 4
MODUL elemen yang dicadangkan di 1500mm MODUL
dalam program reka bentuk
yang telah disediakan. Jika
tidak pasti anggaran saiz ruang
dan elemen yang dicadangkan,
pereka bentuk boleh merujuk 1500mm 2250mm
kepada ukuran standard yang Contoh saiz ruang untuk 2 kerusi duduk Contoh saiz ruang untuk 4 kerusi duduk
telah ditetapkan di dalam
mana-mana buku rujukan
reka bentuk.
2100mm 2700mm
2100mm 2700mm
Contoh saiz ruang untuk bangku duduk Contoh saiz ruang untuk set meja taman
bagi kumpulan kecil
Rajah 4.52: Saiz ruang lebih mudah dilukis dalam skala yang ditetapkan.
201

