Page 92 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 92

b)  Lokasi
               •   Bagi menentukan lokasi setiap gambar rajah fungsi yang mewakili ruang dan elemen yang telah
                   dikenal pasti melalui program reka bentuk, pereka bentuk landskap perlu menggunakan pelan
                   analisis sebagai asas penentuan lokasi ruang dan elemen tersebut. Ini bagi memastikan setiap
                   cadangan penambahbaikan dan cadangan reka bentuk yang telah dikenal pasti di dalam pelan
                   analisis dipenuhi.
               •   Lokasi bagi setiap ruang dan elemen perlu mengambil kira hubung kait fungsi ruang
                   bersebelahan, ruang sedia ada dan keadaan tapak. Pereka bentuk boleh melakukan lakaran
                   dengan meletakkan sehelai kertas surih di atas pelan analisis yang telah siap dan kemudiannya
                   memulakan susun atur dan komposisi gambar rajah buih mengikut ruang dan elemen yang
                   diperlukan di dalam program reka bentuk.














       4                                                                                                                                                                                                                                     4
      MODUL                                                                                                                                                                                                                                 MODUL



               Rajah 4.53:   Pereka bentuk landskap perlu mencari beberapa alternatif susunan ruang bagi mendapatkan hubung kait
                                             fungsi antara ruang-ruang bersebelahan.


           c)  Perkadaran (Proportion)
               •   Perkadaran bagi ruang luar bangunan adalah melibatkan lebar dan panjang sesuatu ruang.
                       Kebiasaannya, ruang dilukis dalam bentuk bulat. Setiap ruang mempunyai keperluan khas
                   berdasarkan kepada fungsi dan kegunaan ruang tersebut.
               •   Perkadaran boleh dipelbagaikan mengikut keperluan ruang yang pelbagai.
               •   Secara dasarnya, perkadaran saiz ruang boleh dibuat secara perkadaran yang sama (lebar dan
                   panjang ruang yang hampir sama seperti segi empat sama) atau perkadaran yang tidak sama
                   (lebar dan panjang ruang yang tidak sama seperti segi empat tepat).































                                                  Rajah 4.54:   Perkadaran.

         202
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97