Page 31 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 31
8. PENINGKATAN KUALITI
8.1 INOVASI
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah telah menyertai Pertandingan Inovasi
Peringkat Negeri Melaka pada 23 April 2019 di MITC dan menghantar 1 produk yang
dihasilkan oleh anggota pergigian dari Klinik Pergigian Durian Tunggal. Foot
Operated Saline – Dispenser (FOS-D) adalah inovasi produk asli yang dihasilkan
untuk meningkatkan efisiensi proses pembersihan kanal akar dengan mengurangkan
masa rawatan serta mengurangkan risiko kejadian tercucuk jarum. Inovasi ini
menggunakan konsep tekanan udara untuk mendispenkan larutan saline daripada
botol ke picagari dengan pijakan pedal kaki berbanding cara konvensional yang
menggunakan tangan dan sekaligus dapat menjimatkan masa penyediaan bahan dan
rawatan. Inovasi ini telah memenangi tempat Johan bagi kategori Produk dan
mendapat wang berjumlah RM 1000.
Gambar 6: Inovasi FOS-D Yang Memenangi Johan Bagi Kategori Produk Pada
Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Melaka
27 |

