Page 32 - LAPORAN TAHUNAN 2019 (completed)-converted
P. 32
9.
9. PROGRAM PERINGKAT DAERAH
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah mempunyai kakitangan seramai 145 orang
dari pelbagai kategori dan telah mengambil inisiatif sendiri untuk membuat program dan
aktiviti yang melibatkan kakitangan di peringkat daerah antaranya Kursus GKHK pada 14
Februari 2019 dan Kursus EKSA pada 2 Mei 2019 dan Hari Keluarga pada 16 November
2019. Antara program lain di peringkat daerah adalah seperti Lawatan Pelajar IPT ke Loji
Air, Lawatan Ahli Mesyuarat JDPKP dan Perasmian Klinik Kesihatan Rembia.
9.1 KURSUS GKHK
Pada 14 Februari 2019 di Klinik Kesihatan Durian Tunggal telah didakan Kursus
GKHK yang melibatkan 20 orang peserta terdiri dari Juruterapi Pergigian serta
Pengawai Penyelaras GKHK dari setiap klinik. Tujuan kursus ini diadakan adalah
untuk memberi pengukuhan kepada anggota tentang pelaksanaan dan perbincangan
masalah yang dihadapi di peringkat daerah. Penceramah jemputan adalah Dr Syareena
dari KP Ayer Keroh yang merupakan Penyelaras GKHK peringkat negeri Melaka dan
Dr Aishah dari KP Kuala Sg Baru sebagai Penyelaras GKHK daerah Alor Gajah.
Gambar 7: Ceramah dan aktiviti berkumpulan semasa Kursus GKHK di KK
Durian Tunggal
28 |

