Page 82 - KSN BM Final
P. 82

generasi mempunyai nilai dan ekspektasi yang berbeza. Dengan itu, saya                                 JATI DIRI, JATI BANGSA :
            berharap golongan belia dapat terus berkomunikasi melalui saluran yang
            betul bagi membantu kerajaan memahami kehendak dan aspirasi anda                                       PENGHAYATAN BAHASA
            dengan lebih jelas.
                                                                                                                        PEMBUKA MINDA
            Bagi meneruskan kesinambungan ini, kerajaan baru-baru ini telah
            memperkenalkan  Program  Felo  Perdana  untuk  memberi  anak  muda
            Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung
            dalam urus tadbir negara. Felo dari kalangan graduan dan siswazah
            akan diberi peluang untuk bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan                       aya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Dewan
            Persekutuan membantu Menteri-Menteri Kabinet dalam melaksanakan                                Bahasa dan Pustaka (DBP) dan berharap  sambutan ulang tahun ini
            Agenda Transformasi Negara.                                                                Sakan terus memperkukuh iltizam untuk menabur bakti menjulang
                                                                                                       Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mendepani cabaran dan perjuangan
            Saya berharap para belia di dewan ini sentiasa membuka minda dalam                         memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu asas
            menerima nasihat daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman                           pembinaan negara tercinta ini.
            sepertimana yang disebut Imam Malik Radiallahuanhu iaitu, “tidak akan
            berjaya generasi hari ini kecuali dengan mencontohi generasi sebelum                       Tempoh 57 tahun merupakan tempoh masa yang amat panjang dalam
            mereka”. Saya juga menaruh harapan agar saudara-saudari belajar dengan                     perjalanan kehidupan seseorang ataupun institusi. Seandainya majlis
            tekun dan sentiasa ingat akan tanggungjawab anda kepada keluarga,                          sambutan ulang tahun disertai usaha muhasabah, Insha-Allah, kita akan
            masyarakat dan negara, kerana belia di hadapan saya ini bakal menjadi                      diberi petunjuk oleh Allah S.W.T. untuk dapat merangka perjuangan  yang
            pemimpin  yang  hebat ke  arah  merealisasikan  aspirasi  dan  wawasan                     lebih mantap dan mengatur perjalanan seterusnya dalam usaha mencapai
            negara.                                                                                    matlamat memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah
                                                                                                       satu asas pembinaan negara.  Inilah asas yang harus dihayati oleh seluruh
                                                                                                       warga kerja DBP, khasnya dan juga seluruh penjawat awam amnya dalam
                                                                                                       merealisasikan semua program transformasi kerajaan dalam melonjakkan
                                                                                                       kecemerlangan dan pencapaian negara.

                                                                                                       Peranan DBP dalam membina, mengembangkan dan memartabatkan
                                                                                                       bahasa kebangsaan berkait rapat dengan sejarah kelangsungan tamadun
                                                                                                       negara. Usaha mewibawakan Bahasa Melayu dan menjadikan rakyat
                                                                                                       Malaysia menjiwai bahasa kebangsaan merupakan perjuangan yang
                                                                                                       suci, yang pasti menempuh pelbagai onak dan duri. Hanya kekentalan
                                                                                                       semangat   tanpa mengenal jerih dan putus asa sahaja yang dapat
                                                                                                       menjamin pencapaian hala tuju DBP sebagai badan perancangan bahasa
                                                                                                       dan persuratan kebangsaan yang berperanan membentuk jati diri dan
                                                                                                       pengayaan ilmu.

                                                                                                       Pada abad ke-15 hingga abad ke-19, Bahasa Melayu sudah mengecap
                                                                                                       kedudukan yang tinggi dalam tamadun di rantau ini, dan memainkan
                                                                                                       peranan yang amat besar, antaranya termasuklah sebagai bahasa
                                                                                                       pentadbiran, bahasa perdagangan, bahasa persuratan, bahasa diplomatik,



            Siri Syarahan Tahunan Ketua Setiausaha Negara “Belia Hari Ini, Pemimpin Hari Esok: Menghayati Aspirasi Belia ke Arah
            Pembinaan Negara Bangsa”. 14 Jun 2013, Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

            72    Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara                                                                            73
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87