Page 87 - KSN BM Final
P. 87

suka menyarankan agar DBP meningkatkan program penghayatan bahasa   sendiri. Dalam hal ini, saya akan terus menyokong apa-apa jua program
 kebangsaan, penyebaran maklumat bahasa serta pengantarabangsaan   pemartabatan yang akan dilaksanakan oleh DBP.
 bahasa Melayu dan sastera Melayu melalui  program penghayatan,
 seminar, pidato dan pertukaran pelajar. Kita hendaklah mempromosikan   Akhir kata,  saya sekali lagi mengucapkan  terima kasih kepada  pihak
 bahasa  kebangsaan  secara  lebih holistik    tanpa  mengetepikan  bahasa   Pengurusan DBP yang sudi mengundang saya untuk bersama-sama dalam
 utama dunia yang lain. Ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa   majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-57 pada
 kelima terbesar di dunia yang dipertuturkan oleh lebih 300 juta orang di   hari ini. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi  tahniah
 rantau Asia Tenggara.  dan syabas kepada seluruh warga Dewan Bahasa dan Pustaka atas usaha
               gigih dalam perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan. Insha-Allah,
 Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada DBP yang telah   usaha yang suci dan murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah
 menggerakkan program  Audit Bahasa. Setakat ini  Audit Bahasa telah   S.W.T.
 diadakan di Jabatan Perkhidmatan  Awam, Kementerian Pendidikan
 Malaysia dan Kementerian Kewangan. Program ini akan diteruskan ke
 kementerian  dan  kerajaan  negeri  secara  berperingkat.  Selain  itu, DBP
 juga akan   bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar,
 Perumahan dan Kerajaan Tempatan melaksanakan program penarafan
 bintang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Ini merupakan usaha
 yang baik dalam memastikan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat
 awam dengan meluas dan betul. Bagi meningkatkan pengetahuan umum
 mengenai bahasa  yang betul dalam iklan, program pemantauan bahasa
 di tempat awam hendaklah dilipatgandakan dan bimbingan bahasa
 kepada jabatan-jabatan kerajaan serta PBT terus ditingkatkan.

 Saya perlu menegaskan bahawa usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
 bukan  semata-mata  dipikul  oleh  DBP  sahaja.  Tanpa  sokongan  dan
 penglibatan semua pihak, segala usaha pemartabatan bahasa kebangsaan
 tidak  mungkin  memperlihatkan  hasil  yang  memuaskan.  Peranan
 masyarakat dalam memartabatkan bahasa  kebangsaan boleh ditunjukkan
 semasa sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada bulan Oktober
 nanti. Selain dalam program anjuran berterusan DBP, saya menyarankan
 agar program-program kebahasaan dan kesusasteraan dalam sambutan
 Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini memperbanyak  program yang
 melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan golongan, agar objektif BBK
 tercapai dengan lebih berkesan. Penerapan bahasa dan sastera  ke dalam
 jati diri  masyarakat, pastinya akan menjadi benteng yang kukuh kepada
 masyarakat untuk mempertahankan bahasa kebangsaan dan menjamin
 kelangsungannya pada masa depan.

 Perjuangan dan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan yang
 dilaksanakan oleh DBP berlandaskan Perlembagaan Persekutuan,
 Perkara 152 Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta DBP



               Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka Ke-57.
               20 September 2013, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 76  Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Koleksi Ucapan Ketua Setiausaha Negara  77
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92