Page 3 - FULL BUKU PROGRAM
P. 3

Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.




         Pahit ubat buah peria,
              Makan bersama ikan pelata;
         Menadah tangan bersyukur pada-Nya
              Allah pemerintah alam semesta.


         Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pen-
         yayang, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
         dan limpah kurnia-Nya,  Majlis Graduasi MRSM Arau  Kali
         Ke-3  ini dapat dijayakan. Syabas dan  tahniah  kepada para Graduan  MRSM  Arau.
         Semoga kejayaan pada hari ini menjadi batu loncatan untuk mencipta kejayaan seter-
         usnya.

         Cincin lama sudah ditukar
              Cincin dibuat daripada suasa;
         Zaman beralih musim bertukar,
              Hendaklah prihatin peredaran semasa.

         Dari sumur menjadi paya,
              Rentang saujana tuan berjalan;
         Dari fizikal ke alam maya,
              Norma baharu jadi amalan.

         Kehidupan  bukanlah  sesuatu  yang  mudah  diduga.  Persekitaran  selalu mendesak
         supaya kita berubah. Kita haruslah sentiasa cekal dan tabah, tak dihanyut bah, juga tak
         mudah rebah. Orang dahulu selalu  berpesan, alah bisa  tegal biasa.  Sentiasalah kita
         cakna dengan peredaran semasa.
   1   2   3   4   5   6   7   8