Page 5 - FULL BUKU PROGRAM
P. 5
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh
Para graduan MRSM SPM 2020 dan warga pendidik yang
dikasihi serta para ibu bapa yang dihormati, syukur
Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T dan dengan limpah
dan kurnianya, kita diberi kesempatan untuk bersama-
sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Graduasi
MRSM 2020.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua
pelajar yang telah berjaya melalui sistem pendidikan
MRSM sehingga layak bergraduasi. Dalam keadaan pan-
demik yang melanda dan perubahan norma yang ber-
laku sejak awal tahun 2020, anak-anak pelajar telah mela-
lui perubahan dalam sistem pendidikan yang tidak
dijangka-jangka. Kaedah belajar secara bersemuka yang dianggap perkara biasa
menjadi satu perkara yang sangat mahal dan dirindui apabila kaedah PdP berubah
kepada sistem pembelajaran Home Based Learning. Syabas kepada anak-anak pelajar
MRSM tingkatan 5 2020 yang cekal dan sabar melaluinya. Dari SPMRSM yang tertangguh
bersambung dengan ulangkaji bersemuka dan online, anak-anak semua melaluinya
dengan tekun sekali, Alhamdulillah dan syabas anak-anak.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada warga pendidik dan para ibu bapa
serta seluruh warga maktab atas keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan bagi
merialisasikan pencapaian pelajar. Pelbagai perlaksanaan program berteraskan sistem
pendidikan MRSM yang memberi manfaat penuh kepada pelajar bagi memberi sokon-
gan dan suntikan semangat untuk terus maju kehadapan sehingga berjaya di peringkat
pengajian tinggi kelak.
Anak-anak pelajar, pastikan anak-anak nyatakan secara lisan ucapan penghargaan ini
kepada semua guru dan ibu bapa yang telah memastikan anak-anak terus berseman-
gat. Kini para gurulah antara petugas barisan hadapan dalam sektor pendidikan bagi
menggalas tanggungjawab mereka memastikan anak-anak pelajar MRSM terus kon-
sisten meraih pencapaian cemerlang dalam akademik.

