Page 7 - FULL BUKU PROGRAM
P. 7
Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh
SAsal rebung buluh dilentur,
Di dalam hutan elok berteman;
Semangat MARA tak pernah luntur,
Biar bertahun ditelan zaman.
Menuntut ilmu bekalan kekal, meneguh pendirian mena-
jam akal, menuntut ilmu perelok diri, disantun orang
serata negeri, menuntut ilmu rela berkorban, nama disan-
jung tertulis di coretan, menuntut ilmu ikhlas berteman,
budi disebut sepanjang zaman.
Buat bangsal di Pulau Daik,
Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau
Perjalanan menuju menara bukanlah mudah, harus cekal berhati tabah. Biar hujung
negeri, biar seberang laut, di MARA tempat kalian berpaut. Di sini peluang terhampar,
buat orang mahu dicabar, di sini IPMA menawan, buat pakar dan para ilmuan, melahir
usahawan juga negarawan, pemikul teras perjuangan.
Pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia. Jangan lemas bila dipuji, jangan
tenggelam dibadai keji. Biar diri dipandang rendah, asalkan ilmu terus meninggi, biar
rintangan harus diredah, asalkan selesa kemudian hari. Wahai penghafaz kalam Tuhan,
janganlah lalai terbuat dosa, wahai anak MARA sekalian, tingkatkan kualiti akhlak
diperkasa. Biar seantero dikhabar berita, anak MRSM bukan biasa, arkitek doktor atau
jurutera, mukmin profesional yang di bahu kanan agama, di bahu kirinya kerjaya.

