Page 30 - TS25 MODUL 3 SJKC KAMPUNG TENGAH
P. 30
ULASAN
Secara umumnya, hasil dan penyeliaan yang telah dijalankan sebelum ini,
majority guru-guru SJKC KAMPUNG TENGAH telah sedia maklum tentang penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian berteraskan Pembelajaran Abad ke-21.
Sungguh pun demikian, tidak dapat dinafikan masih ada sebilangan besar
guru yang masih belum dapat melibatkan elemen KBAT , elemen gaya pembelajaran dan
elemen pentaksiran di dalam RPH mereka.
Terdapat juga guru-guru yang masih keliru tentang penulisan Objektif
Pembelajaran(OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) di dalam RPH mereka. Didapati kebanyakan
mereka ini ialah guru-guru baru dan guru-guru yang masih belum didedahkan dengan kaedah
penulisan RPH berteraskan PAK21.
Di antara dapatan yang diterima daripada guru-guru ini, ada di kalangan
mereka yang menyatakan bahawa kaedah penulisan RPH mereka adalah berdasarkan sesi
perbincangan semasa mesyuarat panitia zon dan daerah. Ada juga yang menyatakan mereka
menggunakan kaedah yang mereka perolehi semasa kursus yang mereka hadiri.
Dengan pelaksanaan CPD RPH ini, ianya telah membuka minda guru-guru
tentang penulisan RPH yang berteraskan PAK21 selaras dengan Progam Tranformasi
Sekolah 2025(TS25).
Namun tidak dapat dinafikan, sesi penerangan dan bimbingan masih lagi
diperlukan oleh guru-guru untuk memastikan mereka benar-benar faham dan mahir dalam
perancang dan membina rancangan pengajaran harian berteraskan PAK21.
30

