Page 189 - malaysia_2017
P. 189
11 SUBJEK 50 TERBAIK DI DUNIA
Institusi pendidikan tinggi Malaysia berjaya meningkatkan kedudukan 11 subjek
ke kelompok 50 teratas dunia dalam senarai ‘QS World University Rankings by
Subject 2017’.
Pada 10 Mac 2017, senarai terbaharu ‘QS World University Rankings by Subject 2017’
yang dikeluarkan menunjukkan 11 subjek itu ialah lima dari Universiti Malaya
(UM), empat subjek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan masing-masing satu
subjek dari Universiti Taylor dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
UMT, MSU, UNIKL UNGGULI PITCh fOR PROGRESS
Tiga pengajian tinggi muncul sebagai pemenang utama pertandingan Pitch for
Progress (PfP) yang julung-julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2017.
Dengan kemenangan itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Management
& Science University (MSU) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) masing-masing
membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh hadir menyampaikan hadiah
kepada pemenang selain bertindak menjadi juri pertandingan itu. PfP merupakan
anjuran Organisation for National Empowerment (ONE) dengan Universiti Kuala
Lumpur (UniKL) dan disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Ia adalah satu pertandingan yang memerlukan mahasiswa memperkenalkan idea-
idea kreatif bagaimana untuk memperbaiki persepsi pendidikan tinggi di Malaysia.
Idea yang dibentangkan boleh dalam bentuk kempen media sosial, projek pendek
video atau apa-apa sahaja minda kreatif. PfP yang pertama kali diadakan itu
bermula 3 Mac lalu selama tiga menyaksikan sebanyak 27 universiti awam dan
swasta yang mengambil bahagian.
MALAYSIA 189
2017

