Page 184 - malaysia_2017
P. 184
PROGRAM TEKNIK DAN VOKASIONAL
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Program Asas Vokasional (PAV) telah dilaksanakan secara rintis di 15 buah sekolah
menengah mulai tahun 2012 dan sehingga tahun 2016 terdapat 81 sekolah
menengah sedang melaksanakan PAV.
Kolej Vokasional (KV) pula telah dilaksanakan mulai tahun 2012 di 15 kolej
vokasional rintis dan sehingga tahun 2016 terdapat 80 kolej vokasional yang
menawarkan pelbagai program mengikut minat pelajar. Kemasukkan pelajar ke
KV diambil kira dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan pada
tahun 2015 berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) selaras dengan
pemansuhan PMR yang diganti dengan PT3. Murid KV dari 15 KV rintis dengan
16 program telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Vokasional Malaysia
(DVM) dan telah dianugerah DVM di Majlis konvokesyen Kolej Vokasional Kali
pertama 2016 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Peristiwa hari ini dalam sejarah telah menyaksikan seramai 2273 graduan telah
menerima Diploma Vokasional Malaysia masing-masing di Dewan Tuanku
Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, Kampus Nilai, Negeri Sembilan pada
24 hingga 25 Ogos 2016. 83.1% graduan KV kohot rintis ini juga telah mendapat
pekerjaan mengikut bidang masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas
tamat pengajian diploma di KV selama empat tahun dan tiga bulan termasuk
empat bulan latihan industri (On Job Training).
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-206 pada 11 Mac 2015
telah memutuskan pelaksanaan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) pada
tahun 2015. PVMA ialah penjenamaan kepada mata pelajaran Vokasional (MPV)
dan memberi peluang kepada murid yang tidak berpeluang ke kolej vokasional
untuk meneruskan pendidikan kemahiran dan vokasional di sekolah yang sama.
Sehingga tahun 2016, terdapat 269 sekolah menengah sedang melaksanakan
PVMA.
MEMORANDUM PERSEfAhAMAN (MOU) ANTARA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DENGAN
MICROSOfT MALAYSIA BAGI PROGRAM PARTNERS IN
LEARNING (PIL)
Program Partners in Learning (PiL) di Malaysia adalah program kerjasama
antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Microsoft Malaysia yang
dilaksanakan bagi memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Kerjasama antara KPM dan Microsoft Malaysia dalam Program PiL telah bermula
pada tahun 2010 hingga 2013. Memandangkan Program PiL telah berjaya
dilaksanakan dalam tempoh tersebut, maka pada 18 November 2016, KPM dan
Microsoft Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi
meneruskan kerjasama dalam bidang yang sama. Majlis Menandatangani MoU ini
diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM.
184 MALAYSIA
2017

