Page 247 - malaysia_2017
P. 247
PENGENALAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan
ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan kementerian adalah
untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika
dan melindungi kepentingan pengguna. Peranan dan fungsi kementerian telah
diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
KPDNKK berfungsi untuk menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-
perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan
kepenggunaan. Seiring dengan matlamat negara untuk menjadi negara yang RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
berpendapatan tinggi, KPDNKK telah sepakat untuk menjadi penggerak sektor
domestik utama yang berdaya saing, progresif dan mampan, membentuk ekonomi
domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif dan membangunkan ekosistem
perdagangan berasaskan etika dan kepentingan pengguna.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
SKIM PENSTABILAN hARGA
MINYAK MASAK (COSS)
Bermula 1 Nov 2016, KPDNKK telah
mengambil alih pengurusan Skim
Penstabilan Harga Minyak Masak dari
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan
Komoditi. Hanya minyak masak pek 1kg
(plastik/polybag) sahaja diberikan subsidi
dan pembungkusan lain minyak masak
adalah mengikut harga pasaran. Harga
runcit minyak masak pek 1kg (plastik/polybag) ditetapkan pada RM2.50/kg oleh
kementerian. Kuota baru yang diberikan setakat ini adalah mencukupi untuk
keperluan rakyat Malaysia. Pembungkusan lain minyak masak seperti 1kg (botol),
2kg (botol), 3kg (botol) dan 5kg (botol) boleh dijual dengan harga pasaran tetapi
masih tertakluk kepada Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 dan Akta
Persaingan 2010.
Harga runcit minyak masak pek 1kg (plastik/polybag) sebanyak RM2.50 /kg adalah
antara yang terendah di negara ASEAN. Tujuan pelaksanaan rasionalisasi:
• Mengurangkan ketirisan
• Pemberian subsidi bersasar terutama kumpulan B40
KADS1M-DEBIT
Program KADS1M-Debit telah diadakan pada
18 November 2016 dan dirasmikan oleh
YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Menteri
KPDNK di Dewan Serbaguna, Presint 2
KPDNKK. (KADS1M)-Debit merupakan salah
satu inisiatif penambahbaikan KADS1M
flash card sedia ada. Selaras dengan
penambahbaikan (KADS1M)-Debit, faedah
dan kaedah penggunaan kad turut di tambah
MALAYSIA 247
2017

