Page 249 - malaysia_2017
P. 249
MISI PROMOSI fRANCAIS MALAYSIA KE JAKARTA, INDONESIA RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Sejajar dengan usaha membawa jenama francais tempatan ke persada
antarabangsa, KPDNKK menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan
menyertai pameran perdagangan francais antarabangsa di luar negara yang
dikenalpasti berpotensi. Misi Promosi Francais Malaysia ke Luar Negara
(Franchise Expansion) bertujuan untuk membantu usahawan francais tempatan
mengembangkan rangkaian perniagaan mereka ke luar negara di samping
mempromosikan jenama Francais Malaysia di mata dunia. Selain pameran oleh
francaisor tempatan, pengisian sepanjang misi adalah khidmat nasihat, padanan
perniagaan, kunjungan hormat kepada Pegawai Tinggi agensi berkaitan dan
lawatan outlet francais di negara yang dilawati.
Pada tahun 2016, sejumlah empat misi telah diadakan di empat buah negara iaitu
Republik Indonesia, Filipina, Australia dan Republik Rakyat China. Misi ke Jakarta,
Indonesia telah diadakan sempena International Franchise, Licence & Business
Concept Expo & Conference (IFRA) 2016 dari 3 hingga 5 Jun 2016 dan telah diketuai
oleh YB Menteri KPDNKK. Sebanyak 12 syarikat francais Malaysia telah menyertai
pameran tersebut iaitu Ani Sup Utara, Marrybrown, The Manhattan FISH Market,
Paddington House of Pancakes, BJ Kindeeland, Q-dees, Cambridge English For Life,
Zayyan, Zawara, Cosry, AquanaNo. dan Ballon Buzz.
Hasil daripada pelaksanaan misi ini, sejumlah RM15.87 juta potensi pelaburan
francais telah berajaya direkodkan melalui 72 potensi francaisi. Daripada jangkaan
tersebut, ‘Aquanano’ sebuah francais Bumiputera tempatan yang menyediakan
perkhidmatan dobi layan diri telah berjaya melantik tujuh francaisi di sekitar
republik berkenaan dengan nilai jualan francais mencecah RM1.69 juta hanya
dalam tempoh enam bulan selepas penyertaan misi ke Jakarta, Indonesia.
MALAYSIA 249
2017

