Page 248 - malaysia_2017
P. 248
baik. Kelebihan (KADS1M)-Debit adalah ia merupakan platform Mastercard dan
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
CIRRUS. Pengeluaran tunai melalui ATM MEPS tidak akan dikenakan caj 6 peratus
GST. Bagi transaksi yang dilakukan oleh siswazah di luar negara menggunakan kad
ini tidak akan dikenakan caj tambahan. Kelebihan ini memudahkan para siswazah
untuk melakukan transaksi dan dalam masa yang sama menerima diskaun bagi
pembelian di rakan dagang terpilih.
KARNIVAL JUALAN MEGA KPDNKK
2016
Karnival Jualan Mega KPDNKK 2016 pada
23 hingga 27 November 2016 di Dataran
Angsana, Johor Bahru, Johor telah dirasmikan
oleh DYMM Tuanku Sultan Johor. Karnival ini
diadakan untuk mengetengahkan karnival
jualan besar-besaran sebagai pilihan
kepada masyarakat untuk berbelanja
pada harga yang berpatutan disamping
membantu pengeluar untuk memasarkan
dan mempromosikan produk-produk
buatan Malaysia serta perkhidmatan
mereka, sekali gus merancakkan kegiatan
ekonomi domestik serta menggalakkan
pembangunan industri tempatan. Karnival
ini akan mengetengahkan tiga segmen
utama iaitu karnival jualan, pameran dan
tarikan pengunjung.
Segmen karnival jualan menampilkan
booth perniagaan yang menggabungkan
pempamer dari kelompok usahawan
seperti para pengilang, peruncit, usahawan
perusahaan kecil dan sederhana (PKS),
usahawan online, francais, koperasi, vendor
dan hypermarket. Produk dan perkhidmatan
diklusterkan mengikut 11 kategori iaitu
perabot dan kelengkapan rumah, automotif,
kelengkapan dan peralatan elektrik, pakaian
dan kasut, makanan dan minuman, buku/
majalah dan penerbitan, hypermarket,
gajet, kesihatan dan kecantikan, pakej
perkhidmatan dan lain-lain.
Segmen pameran akan melibatkan
pelbagai pengisian seperti pameran agensi kerajaan dan NGO, klinik francais
dan kepenggunaan, latihan perniagaan, pelancaran produk serta aktiviti suaian
perniagaan (business matching). Manakala segmen tarikan pengunjung terdiri
daripada karnival food truck yang menghimpunkan lebih 60 trak makanan dengan
pelbagai variasi pilihan di tapak Karnival, konsert dan sesi meet and greet bersama
selebriti popular tanah air, sesi pocket talk oleh personaliti/usahawan berjaya,
jualan happy hour, demonstrasi produk, kuiz santai, permainan kanak-kanak,
cabutan bertuah dan pelbagai lagi.
248 MALAYSIA
2017

