Page 68 - malaysia_2017
P. 68
PROFIL NEGERI-NEGERI Malaysia terdiri daripada Labuan dan Putrajaya). Unjuran
penduduk Malaysia pada tahun
Sabah
Malaysia,
Semenanjung
2016 adalah seramai 31.7 juta orang
dan Sarawak. Ia meliputi 13 buah
iaitu peningkatan sebanyak 0.5 juta
negeri iaitu Kedah, Pahang, Perak,
berbanding 31.2 juta orang pada
Terengganu, Perlis, Selangor, Negeri
Sembilan, Johor, Kelantan, Sarawak,
2015 dengan kadar pertumbuhan
Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
penduduk tahunan 1.5 peratus bagi
tempoh yang sama.
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
KEDAH
http://www.kedah.gov.my
Ramai sejarawan menganggap Kedah
sebagai negeri yang tertua sekali di
Tanah Melayu. Pendapat ini berasaskan
kepada penemuan arkeologi yang
membuktikan adanya penempatan-
penempatan secara teratur semenjak
kurun keempat lagi. Terdapat pelbagai
sumber yang menceritakan bagaimana
nama “Kedah” timbul. Antaranya
unsur-unsur Arab dan Parsi yang
memperkatakan mengenai Kedah
yang disebut sebagai “Kilah” (Ibnu
Khurdadhbih 846) atau “Kalah” (Ibnu
Muhalhal, 941) atau “Qalha”. Terdapat
juga rujukan mengenai Kedah dalam
tulisan-tulisan Sanskrit yang menyebut
Kedah sebagai “Kataha” atau “Kadara”
dan tulisan-tulisan Tamil yang
menyebut Kedah sebagai “Kadaram”
atau “Kalagam”. “Kadaram” bermakna
kuali besar dan “Kalagam” pula
bermakna warna hitam. Menurut ahli
sejarah, nama Kedah berasal daripada
perkataan “Kheddah” yang bermaksud
perangkap gajah.
Ada pula pendapat yang menyatakan
bahawa nama Kedah berasal daripada
perkataan Arab “Kedah” yang bermakna
gelas berkaki. Daripada unsur-unsur
China, iaitu semasa Dinasti Liang (502 -
665) Kedah disebut sebagai “Langgasu”
atau “Langa” (atau Langkasuka). Penulis
The Study Of Ancient Times in The Malay
Peninsula and The Straits of Malacca,
Roland Braddell menyatakan Kedah
pernah disebut sebagai “Gedda”.
68 MALAYSIA
2017

