Page 70 - malaysia_2017
P. 70

PROFIL NEGERI-NEGERI  PAHANG  2
            http://www.pahang.gov.my
            Negeri Pahang merupakan negeri yang
            terbesar di  Semenanjung  Malaysia
            iaitu kira-kira 35,965  km  dan terletak
            di  Pantai  Timur. Sebahagian  besar
            dari negeri Pahang diliputi  hutan
            dan  menyebabkan  sebahagian  besar
            taman negara terletak dalam negeri
            ini. Unjuran penduduknya pada tahun
            2016  adalah  seramai 5.1  peratus  dari
            31.7 juta penduduk  di Malaysia. Pada
            zaman dahulu, Pahang mempunyai
            berbagai-bagai nama. Pengarang China
            menyebutnya    sebagai   Pang-Hang,
            Peng-Heng,  Pang-Heng,  Pong-Fong,
            Phe-Hang,  Pang-Kang  dan  lain-lain.
            Pada tahun  1225,  Chao  Ju-Kua  telah
            mengarang sebuah buku bernama Chu-
            Fan-Chi,  beliau  menyatakan  di  antara
            beberapa buah  negeri yang  ditakluki
            di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri
            yang  bernama  Peng-keng.  Peng-keng
            itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
            Orang  Arab dan  orang Eropah zaman
            dahulu ada menyebut perkataan Pam,
            Pan, Phang, Paam,  Pao, Paon, Phaan,
            Paham, Fanhan, dan Phang.

            G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang
            mengulas kisah yang ditulis  dengan
            huruf  Arab dalam buku  karangan
            Mas’udi berpendapat, semua perkataan
            tersebut  adalah   merujuk   kepada
            Pahang.   Warna   bendera    Pahang
            ialah  hitam dan  putih.  Warna  hitam
            melambangkan  rakyat negeri  tersebut
            manakala warna putih melambangkan
            Raja. Pahang  mempunyai  banyak
            keistimewaan berbanding  negeri  lain
            kerana memiliki sungai yang terpanjang
            di Semenanjung  Malaysia iaitu Sungai
            Pahang,  gunung  yang  kedua  tertinggi
            di Malaysia iaitu Gunung Tahan (2,190
            meter) dan  tasik  semula  jadi  yang
            terbesar di  Malaysia  iaitu  Tasik Bera.
            Ibu  negeri  dan  pusat  pentadbirannya







               70  MALAYSIA
                                2017
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75