Page 86 - malaysia_2017
P. 86
PROFIL NEGERI-NEGERI PULAU PINANG
http://www.penang.gov.my
Pulau Pinang yang juga dikenali
sebagai Pulau Mutiara terletak di
pantai barat Semenanjung Malaysia.
Sejarah mencatatkan bahawa Pulau
Pinang mula dijajah oleh Inggeris yang
diketuai oleh Francis Light pada tahun
1786. Negeri ini mempunyai keluasan
kira-kira 1,031 km . Ibu negeri Pulau
2
Pinang ialah George Town dan ianya
telah diisytiharkan oleh UNESCO
sebagai kawasan khas Tapak Warisan
Dunia sejak tahun 2008. Pulau Pinang
mempunyai 13 kawasan Parlimen, 40
kawasan Dewan Undangan Negeri
dan lima daerah iaitu Barat Daya
(Balik Pulau), Timur Laut (George
Town), Seberang Perai Selatan (Nibong
Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit
Mertajam) dan Seberang Perai Utara
(Butterworth). Bandar-bandar lain
yang terdapat di Pulau Pinang ialah
Perai, Air Itam, dan Kepala Batas.
Terdapat sebuah Lapangan Terbang
Antarabangsa di negeri ini iaitu di
Bayan Lepas. Unjuran penduduknya
86 MALAYSIA
2017

