Page 90 - malaysia_2017
P. 90
PROFIL NEGERI-NEGERI SABAH 2
http://www.sabah.gov.my
Sabah adalah negeri yang kedua
terbesar di Malaysia dan terletak
di utara Pulau Borneo. Negeri ini
meliputi kawasan seluas 73,902 km
dengan pantai sepanjang 1,440 km.
Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu.
Gelaran diberi, “Negeri Di Bawah Bayu”
sudah menjelaskan bahawa Sabah
kaya dengan keindahan alam semula
jadi. Ia juga memiliki keunikan warisan
budaya penduduk peribuminya yang
pelbagai kaum. Sabah mempunyai
sekurang-kurangnya 32 kumpulan
etnik dan menggunakan lebih
daripada 50 bahasa serta tidak kurang
daripada 80 dialek. Kumpulan etnik
utama adalah Kadazandusun yang
membentuk satu pertiga dari jumlah
penduduk Sabah. Kumpulan etnik lain
adalah Rungus, Murut, Paitan, Bajau,
Bajau Laut, Lundayeh, Orang Sungai,
Bonggi, Iranun, Ida’an, Brunei dan lain-
lain. Kaum Cina merupakan kumpulan
penduduk bukan asli yang terbesar.
Berdasarkan jumpaan arkeologi,
Sabah telah diduduki oleh penghuni
sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang
lalu. Islam sampai di Sabah melalui
pedagang Arab dan India dan juga
hasil daripada perluasan tanah jajahan
kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.
Sabah kaya dengan berbagai-bagai
jenis spesies flora dan fauna seperti
tumbuhan unik seperti Rafflesia yang
merupakan bunga terbesar di dunia,
pelbagai spesies anggerik atau orkid,
periuk kera dan rhododendron. Sabah
mempunyai 25 kawasan Parlimen, 60
kawasan Dewan Undangan Negeri dan
lima bahagian iaitu Kudat, Pantai Barat
(utara dan selatan), Sandakan, Tawau
dan Pedalaman. Bandar-bandar utama
lain ialah Keningau, Papar, Sipitang, Kota
Belud, Tuaran, Penampang, Semporna
dan Lahad Datu. Unjuran penduduknya
pada tahun 2016 adalah 12 peratus dari
31.7 juta jumlah penduduk Malaysia.
90 MALAYSIA
2017

