Page 88 - malaysia_2017
P. 88

PROFIL NEGERI-NEGERI  MELAKA
            http://www.melaka.gov.my
            Melaka  merupakan  sebuah  negeri
            yang kaya dengan sejarah dan budaya
            tersendiri.  Negeri  ini  bersempadan
            dengan  Negeri Sembilan  dan  Johor.
                       menawarkan
                                        pelbagai
            Melaka
            keistimewaan dari segi pelancongan,
            ekonomi, infrastruktur dan sebagainya.
            Pada tahun  2008,  Melaka telah
            diiktirafkan  sebagai  Tapak  Warisan
            Dunia UNESCO.

            Parameswara    adalah  orang   yang
            bertanggungjawab  membuka negeri
            ini  sehingga  akhirnya  Melaka  muncul
            sebagai sebuah  kerajaan kesultanan
            Melayu yang termasyhur di Nusantara.
            Nama    Melaka   dikatakan   berasal
            daripada   pokok   melaka.  Sejarah
            juga   telah  membuktikan   bahawa
            Melaka pernah menjadi pelabuhan
            perdagangan     yang   penting   di
            rantau Asia. Melaka kini mempunyai
            tarikannya yang tersendiri. Di antaranya
            ialah menaiki beca di  tengah-tengah
            kota, menaiki  bot  di  Sungai  Melaka
            ataupun  bersiar-siar di  kawasan yang
            menceritakan   tentang  peperangan
            dan   penyeksaan,   percintaan  dan
            penyesalan. Jadi tidak hairanlah kalau
            Melaka turut  dikenali  sebagai Melaka
            Bandar raya Bersejarah. Negeri ini
            merupakan negeri yang kedua terkecil
            di  Malaysia dengan  keluasan  1,713
            km .  Melaka  terbahagi  kepada  6
               2
            kawasan Parlimen, 28 kawasan Dewan
            Undangan Negeri dan tiga daerah iaitu
            Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.
            Unjuran  penduduknya  pada tahun
            2016 adalah 2.8 peratus dari 31.7 juta
            penduduk Malaysia.

            Melaka     menawarkan      destinasi
            pelancongan  dan rekreasi menarik
            seperti Pulau Besar, Pulau Upeh,
            Kota A’Famosa, Taman Budaya  Mini
            Malaysia  &  ASEAN,      Taman  Tema Air
            A’Famosa, Air Keroh, Bukit  China, Kuil
            Cheng  Hoon  Teng,  Kolam  Air  Panas


               88  MALAYSIA
                                2017
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93