Page 97 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 97
Penderia Suhu
Penderia suhu berfungsi untuk
mengesan suhu dalam julat
tertentu. Suhu yang dikesan
akan diubah ke dalam bentuk
isyarat analog. lsyarat analog
akan terhasil berdasarkan
perubahan suhu yang diterima.
Contohnya, penderia suhu
(LM35D) akan memberikan
isyarat berdasarkan suhu yang
dikesan, iaitu antara 0'C hingga
100'C. Peranti input analog ini
akan menukarkan suhu dalam
bentuk voltan.
Gambar Foto 2.4.1 1 Penderia suhu dan contoh
alatan yang menggunakan peranti ini
Proses akan dilakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU). CPU akan melaksanakan atur cara
yang disimpan dalam ROM (Read Only Memory). ROM digunakan untuk menyimpan atur
cara dan data secara kekal dalam mikropengawal. RAM (Random Access Memory) digunakan
untuk menyimpan data secara sementara. Data ini akan terpadam apabila bekalan kuasa
dimatikan. lsyarat yang diterima daripada input akan diproses oleh CPU, kemudian CPU akan
menghasilkan isyarat kepada output. Proses yang dilakukan ini adalah berdasarkan atur cara
yang ditetapkan dalam mikropengawal.
Output juga ialah bahagian yang terdapat dalam mikropengawal.
Tugas bahagian output ialah menerima isyarat daripada Unit
Pemprosesan Pusat (CPU) dan menghantarnya kepada peranti output. F
lsyarat output yang terhasil adalah dalam bentuk digital atau analog. 1
Peranti 0utput
Feranti output akan melaksanakan isyarat yang diberi oleh
o-utput. Peranti output yang menggunakan bekalan kuasa
rnelebihi 5 V perlu menggunakan bekalan kuasa tambahan
-"-"@trffistr6stf,ffi
bersama peranti sokongan lain untuk beroperasi. Contoh
peranti output termasuklah diod pemancar cahaya (Light Gambar Foto 2.4.12
Emitting Diode - LED), pembaz (buzzer piezo), geganti, Diod pemancar cahaya
motor arus terus, dan lampu LED 12 V.
,/rt
Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diode - LED')
Fungsi diod pemancar cahaya adalah untuk o l-(l *
rnengeluarkan cahaya dan sebagai lampu perhiasan. T
Diod pemancar cahaya perlu digunakan bersama dengan
rperintang untuk mengelakkannya daripada rosak atau Rajah 2.4.8 Simbol diod
,me-ngawal kecerahan. pemancar cahaya
87r.!.i.

