Page 30 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 30
17. LENCANA SEKOLAH DAN DISKRIPSI
Lencana Sekolah
Ilmu suluh hidup adalah cogankata Sekolah Kebangsaan Seberang
ILMU SULUH HIDUP Takir. Ilmu diharapkan dapat menerangi kehidupan setiap murid agar
berjaya di dalam semua bidang.
PERISAI
Perisai berbentuk perahu melambangkan identiti Kampung Seberang
Takir yang merupakan perkampungan nelayan dan mereka menjalani
kehidupan serba sederhana.
OBOR
Obor pula melambangkan ilmu yang akan sentiasa menerangi hidup
semua murid. Ilmu adalah tunjang utama yang diberi perhatian ke
arah melahirkan murid yang seimbang bagi mencapai 6 aspirasi di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
ORBIT
Orbit yang terletak ditengah-tengah lencana melambangkan
kemajuan sains dan teknologi yang kian pesat berkembang. Enam
penjuru pula melambangkan perkembangan minda murid sekolah ini
ke arah pemikiran aras tinggi yang lebih kreatif, kritis, dinamik,
pragmatik, bersemangat kental dan berdaya saing bagi memenuhi
keperluan pekerjaan di abad ke-21.
TIGA GELUNG ROTAN
Tiga gelung rotan yang bergabung melambangkan semangat
perpaduan, kerjasama dan toleransi di antara semua warga sekolah
dalam melahirkan murid yang berketerampilan dan berbakat besar
dalam pelbagai bidang sukan dan permainan.
29

