Page 22 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 22

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  1
                       Perkara yang ada sekarang, tanpa Fasal (4), dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 4, berkuat
                       kuasa  dari  16-09-1963  (iaitu  apabila  Malaysia  ditubuhkan).  Perkara  asal  sebagaimana  yang
                       terdapat  pada Hari  Merdeka  berbunyi seperti  yang berikut:
                         “1. (1) Persekutuan  hendaklah  dikenali  dengan  nama  Persekutuan  Tanah  Melayu  (dalam
                         bahasa  inggeris Federation  of Malaya).
                           (2) Negeri-Negeri  Persekutuan  ialah  johor,  Kedah,  Kelantan,  Negeri  Sembilan,  Pahang,
                         Perak,  Perlis,  Selangor  dan  Terengganu  (yang  dahulunya  dikenali  sebagai  Negeri-Negeri
                         Melayu)  dan  Melaka  dan  Pulau  Pinang  (yang  dahulunya  dikenali  sebagai  Negeri-Negeri
                         Selat Melaka  dan Pulau Pinang).
                           (3) Wilayah  bagi  setiap  satu  Negeri  yang  disebut  dalam  Fasal  (2)  ialah  wilayah  yang
                         termasuk  di dalam  Negeri  itu sebaik  sebelum Hari Merdeka.”.
                       Fasal  (2)
                         a.  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965  (iaitu  tarikh  Singapura
                           meninggalkan  Malaysia)  meminda  Fasal  (2)  dengan  memotong  daripadanya
                           perenggan (c) yang  berbunyi seperti yang berikut:
                            “(c)  Negeri  Singapura.”.
                         b.  Fasal  yang  ada  sekarang  digantikan  oleh  Akta  A354,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari
                           27-08-1976. Fasal ini sebelum digantikan oleh Akta A354 dipinda oleh Akta 26/1963,
                           seksyen 4, berkuat kuasa dari 16-09-1963 (iaitu apabila Malaysia ditubuhkan) berbunyi
                           seperti yang berikut:
                            “(2)  Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada—
                               (a)  Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu, johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
                                   Sembilan, Pahang,  Perak, Perlis, Pulau Pinang,  Selangor  dan Terengganu;
                               (b)  Negeri-Negeri Borneo,  iaitu, Sabah  dan Sarawak; dan
                                (c)  Negeri  Singapura.”.
                       Fasal  (3)
                       Perkataan  “Tertakluk  kepada  Fasal  (4),”  dimasukkan  oleh  Akta  A206,  seksyen  11,  berkuat
                       kuasa dari 01-02-1974.
                       Fasal  (4)
                          a.  Fasal asal yang ditambahkan oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 01-02-1974
                           (iaitu tarikh penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) berbunyi seperti yang berikut:
                             “(4)  Wilayah  bagi  Negeri  Selangor  tidaklah  termasuk  Wilayah  Persekutuan  yang
                           ditubuhkan di bawah Akta  Perlembagaan  (Pindaan) (No. 2) 1973.”.
                         b.  Kemudiannya pula, Fasal ini dipinda oleh Akta A566, subseksyen 2(1), berkuat kuasa
                           dari 01-02-1974, dengan memasukkan selepas angka “1973” perkataan “, dan Wilayah
                           Persekutuan hendaklah  dikira  suatu wilayah di dalam Persekutuan.”.
                         c.  Subseksyen 2(2) Akta A566  juga memperuntukkan mulai 01-02-1974 bahawa—
                             “Apa-apa  sebutan  dalam  Perlembagaan  dan  mana-mana  undang-undang  bertulis  lain
                             mengenai Persekutuan, Malaya, Malaysia, Negeri-Negeri Persekutuan, Negeri-Negeri
                             Tanah  Melayu,  atau  Malaysia  Barat,  bagaimana  jua  pun  digunakan,  sama  ada  atau
                             tidak digunakan berhubungan dengan atau sebagai sebahagian daripada suatu ungkapan
                             lain,  hendaklah  ditafsirkan  termasuk  suatu  sebutan  mengenai  Wilayah  Persekutuan,
                             melainkan jika terdapat peruntukan nyata yang berlawanan atau terdapat sesuatu dalam
                             perkara  atau  konteksnya  yang  tidak  konsisten  atau  bertentangan  dengan  pentafsiran
                             itu.”
                         d.  Fasal  ini  digantikan  oleh  Akta  A585,  seksyen  11,  berkuat  kuasa  dari  16-04-1984.
                         e.  Fasal ini telah digantikan sekali lagi oleh Akta A1095, seksyen 11, berkuat kuasa dari 01-02-2001.
                    per.  2

                       lihat Per. 22, 113(3) & 159(4)(bb).
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27